Seorang pengguna akaun Twitter yang dimiliki oleh Mille Batson, memuat naik satu siri video dari yang menunjukkan seorang yang memakai sut adiwira popular iaitu Spiderman. Mille Batson yang berusia 16 tahun berasal dari Memphis, Tenesse memberitahu bahawa dia menggelar dirinya sebagai Ghetto Spider.

videoPlayerId=c31454105

Ad will display in 09 seconds

Apabila Spiderman asli mungkin tinggal di bandar New York, namun sekitar kejiranan ramah Ghetto Spider pula tinggal di tempat lain.

Kita semua tahu Spiderman mempunyai kemahiran akrobatik yang luar biasa. Tetapi anda pasti tidak pernah melihat Ghetto Spider beraksi seperti ini.

Ghetto Spider ini menyelamatkan hari-hari penduduk sekitarnya. Dia menceriakan hari anda yang suram dengan tarian ‘ghetto-nya’. Sesiapa yang melihatnya pasti akan berasa ceria kembali.

Walaupun dia mungkin tidak menyelamatkan dunia, namun dia hanya menyelamatkan mood anda pada pertengahan minggu dengan tariannya yang mengagumkan.

Video yang telah dimuat naik atas nama Ghetto Spider pada saluran YouTube dan Instagram telah mengumpulkan hampir 200 ribu pengikut. Dengan kemahiran yang hebat, tanggungjawab besar untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai. Itulah adiwira sebenarnya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds