Ada orang berpendapat untuk berpakaian seluar jean ketat, mendengar muzik ‘heavy metal‘ atau menonton kartun perlu ada batasan usia. Namun ada juga yang berpendapat, umur bukanlah penghalang untuk melakukan apa yang disukai.

videoPlayerId=e7c47b873

Ad will display in 09 seconds

Seperti Bob Wood dari Nashville, Tennessee ini, dia membuktikan bahawa umur hanyalah angka. Umur juga hanyalah tingkatan dalam hidup di mana kita beroleh kematangan dan pengalaman tetapi kita masih bebas untuk melakukan perkara yang disukai.

Seperti dirinya, biarpun berpangkat datuk namun dia masih mampu menunjukkan bakatnya bermain gitar dengan baik. Ketika dia melangkah masuk ke sebuah kedai gitar, mereka menyangka dia mahu membelikan gitar untuk cucunya.

Namun sebaik sahaja melihat Bob memetik tali gitar tersebut, mereka tahu bahawa dia bukanlah orang baharu dalam dunia muzik.

Bob dilihat begitu rancak menggerakkan jarinya memetik tali gitar tersebut dan seolah-olah sedang membuat persembahan solo. Mereka mendapat tahu bahawa Bob pernah mengeluarkan beberapa album dan juga merupakan penghibur tetap di Wheeling, Virginia’s Jamboree Amerika Syarikat.

Pada tahun 2007, datuk yang berusia 81 tahun ini dianugerahkan ‘Penghibur Tahunan’ oleh Syarikat Muzik Eastern States. Hebat bukan datuk ini?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds