Kejadian seekor kambing didapati tersangkut pada wayar elektrik kedengaran agak pelik dan sedikit lucu tetapi sebaik sahaja melihat sendiri video tersebut, anda juga pasti diasak dengan pelbagai persoalan.

videoPlayerId=f300c6058

Ad will display in 09 seconds

Bagaimana kambing tersebut boleh tersangkut pada wayar elektrik itu? Apakah yang telah dilakukan oleh kambing tersebut sehingga menyebabkan ia berada dalam keadaan yang berbahaya itu.

Tiada siapa yang tahu apakah yang sebenarnya telah berlaku terhadap kambing tersebut. Mujurlah beberapa orang yang melalui kawasan berbukit tersebut terlihat kambing itu lalu mereka berusaha untuk menyelamatkannya.

Dengan menggunakan tangga panjang serta tali, mereka cuba menurunkan kambing yang tersangkut pada wayar elektrik tersebut. Kelihatan kerja-kerja menyelamatkan kambing tersebut tidaklah semudah yang disangka.

Ini kerana keadaan bukit yang curam itu memerlukan mereka bertindak dengan penuh waspada demi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian lain yang tidak diingini.

Mereka juga melakukan kerja-kerja menyelamatkan dengan begitu berhati-hati supaya tiada orang atau kambing itu sendiri yang terkena renjatan elektrik. Selepas berjaya mengikat kaki kambing, seorang lelaki lain yang sedang menunggu menarik tali tersebut.

Akhirnya kambing itu berjaya diturunkan dari wayar elektrik tersebut tanpa berlaku sebarang kecederaan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds