GEORGE TOWN – Laporan kes mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang dikatakan telah mengalami peningkatan kepada 1,555 kes sehingga 4 Julai lalu, kata exco negeri Dr Afif Bahardin.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang untuk Pertanian dan Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan  pertanian, itu berkata jumlah itu mewakili 48 peratus peningkatan daripada 1,050 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Sehingga kini, sebanyak 53 taska, tadika, tabika dan pra-sekolah melaporkan kluster penyakit itu di premis mereka,” katanya.

Beliau berkata “HFMD berlaku disebabkan jangkitan virus khas dari jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71). Virus ini merebak secara kontrak dengan air liur, lepuh dan najis pesakit.”

Selain itu, menurut beliau lagi kebiasaannya jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit ini pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga 10 hari.

“Bagaimanapun, jangkitan EV71 berisiko tinggi kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi yang serius seperti encephalitis, pulmonary dan myocarditis.” katanya.

Beliau menggesa orang ramai dan semua pengendali pusat penjagaan kanak-kanak termasuk taska, tadika, tabika dan pra-sekolah utuk sentiasa memastikan kebersihan premis, terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan kanak-kanak.

“Pusat-pusat ini mesti melakukan pemeriksaan ke atas semua kanak-kanak untuk memastikan mereka tidak mempunyai gejala HFMD manakala mereka yang mempunyai gejala-gejala itu dinasihatkan untuk tinggal di rumah,” katanya.

Beliau juga memberitahu semua pusat penjagaan kanak-kanak untuk melaporkan kes HFMD kepada pejabat kesihatan daerah sebagai langkah pencegahan dan kawalan.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds