Pasangan paling romantis ini akan mendapat perhatian di mana sahaja mereka berada. Bukan sahaja kerana mereka bergelar Perdana Menteri Malaysia dan Wanita Pertama Malaysia, tetapi mereka juga adalah contoh pasangan paling bahagia dan masih dilamun cinta dalam usia mereka yang telah lanjut.

Video yang akan anda tonton ini telah menjadi tular di media sosial, membuktikan bagaimana pasangan ini menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang masing-masing dengan cara mereka yang sangat tersendiri, comel dan akan mencairkan hati.

Kredit : Facebook/LeeNaa Jay

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah telah mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia selama dua hari bermula 28 Jun dengan mengadakan pertemuan bersama Presiden Joko Widodo. Pada pagi sebelum mengadakan pertemuan secara rasmi tersebut, seorang pengguna Facebook bernama LeeNaa Jay telah sempat merakamkan dan berkongsi  ‘aksi di belakang pentas’ menampilkan pasangan merpati dua sejoli ini.

Kredit : Facebook/LeeNaa Jay

Video ini menampilkan salah satu kemahiran bermain muzik Tun Dr. Siti Hasmah iaitu bermain piano. Tun Dr.Siti Hasmah sedang mengalunkan lagu “Injit-Injit Semut”, sementara Tun Dr. Mahathir berjalan menuju ke arahnya, melihat sebentar dan menjenguk ke luar tingkap suite hotel. Walaupun nada alunan piano kelihatan agak lari sedikit, tetapi persembahannya agak menghiburkan. Kemudian Tun Dr. Siti Hasmah menukar alunan lagu yang dikenali semua, “Rasa Sayang”.

Kredit : Facebook/LeeNaa Jay

Tun Dr.Mahathir kemudian berjalan menuju ke arah isteri tercintanya dan berdiri di sebelah sambil melihatnya bermain piano. Tun Dr.Siti Hasmah memandang suaminya sambil tersenyum sebelum memainkan lagu kegemaran Tun Dr. Mahathir. Sementara Tun Dr. Siti Hasmah rancak mengalunkan irama dari piano, Tun Dr. Mahathir menyanyi kecil bersama isterinya dengan gembira.

Kredit : Facebook/LeeNaa Jay

Cara mereka memandang di antara satu sama lain sambil bermain piano dan menyanyi kecil bersama amat mencairkan jiwa. Siapa sahaja yang tidak mahu menjadi pasangan seperti mereka. Selepas lagu kegemaran Tun Dr. Mahathir selesai dimainkan oleh Tun Dr. Siti Hasmah, mereka telah tersenyum gembira bersama-sama. Lagu kegemaran Tun Dr. Mahathir yang dimainkan oleh isterinya itu ialah Torna a Surriento”, ciptaan Ernesto de Curtis yang dipopularkan oleh penyanyi tenor Luciano Pavarotti dan Andrea Bocelli.

Kredit : Facebook/LeeNaa Jay

Rakaman ini telah diambil di Grand Hyatt, Jakarta pada pagi 29 Jun, sebelum pasangan romantis nombor satu negara ini berangkat ke Istana Bogor untuk bertemu dengan Presiden Joko Widodo. Indonesia adalah negara pertama ASEAN yang dilawati secara rasmi oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lihat video paling manis dan mencairkan jiwa ini di bawah.


Sumber : Facebook/ LeeNaa Jay
Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds