Kucing sudah diketahui umum adalah antara haiwan yang paling rapat dengan manusia. Selain mempunyai sifat yang manja dan suka dibelai, kucing juga tahu bagaimana hendak mengawasi orang-orang yang berada di sekelilingnya malah menyelamatkan mereka daripada ancaman bahaya.

videoPlayerId=1ba8a538d

Ad will display in 09 seconds

Seperti kucing yang diberi nama Tara ini, ia telah berbakti kepada keluarga tuannya dengan menyelamatkan anak tuannya daripada diserang oleh anjing garang. Ketika itu, kanak-kanak yang bernama Jeremy tersebut sedang bermain basikal di halaman rumah.

Tiba-tiba seekor anjing garang muncul dari taman lalu menerkam kaki kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme itu dan mula menggoncangkan tubuh badan kecil tersebut.

Tara yang terlihat kejadian tersebut dengan sepantas kilat datang untuk menyelamatkan Jeremy. Tara bercakaran dengan anjing tersebut sehingga anjing tersebut pergi dari situ.

Selepas kejadian tersebut, Tara diberikan pengiktirafan oleh Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan di Los Angeles sebagai Anjing Pahlawan. Persatuan tersebut begitu kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Tara lalu memutuskan untuk menganugerahkan pingat tersebut kepadanya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds