Pinggan mangkuk berjenama Corelle sememangnya menjadi kegemaran kaum ibu. Dengan bentuk dan coraknya yang menarik dan berkualiti, ianya menjadi buruan ramai. Set pinggan mangkuk berjenama ini juga seringkali digunakan hanya ketika tetamu datang menziarah sahaja. Hal ini kerana ianya sangat berharga!

Kredit: Chu Fern/Pinterest

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular apabila seorang gadis pengguna Twitter dengan akaun bernama @shazlinfaizal memuat naik kiriman Tweet berkenaan ‘tragedi’ pinggan Corelle yang mencuit hati.

Kisahnya bermula apabila Shazlin atau lebih mesra disapa sebagai Linn sedang membasuh pinggan di sinki dapur rumahnya. Menurutnya, ketika membasuh pinggan, tiba-tiba salah satu piring Corelle milik ibunya telah termasuk dan terperangkap dalam sebuah mangkuk!

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Yang lucunya, saiz piring itu benar-benar muat di dalam mangkuk itu dan ianya tidak boleh dikeluarkan! Untuk menyelamatkan kedua-dua ‘anak emas’ ibunya, Linn berusaha mengeluarkan piring itu dengan pelbagai cara termasuklah dengan mencungkilnya menggunakan pisau.

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Tetapi, tahukah anda apa yang terjadi? Pisau itu pula yang bengkok dek kerana tidak mampu mengeluarkan piring itu!

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Kerana terlalu runsing dengan masalahnya ini, Linn telah meminta pendapat pengikut-pengikutnya di laman Twitter untuk membantunya mengeluarkan piring yang tersekat itu.

Tweet yang dimuat naik pada 2 Julai yang lalu itu menerima respon yang sangat banyak dari ramai pengguna Twitter yang simpati dengan nasibnya. Sehingga entri ini dihasilkan, tweet berkenaan telah mendapat 43,268 retweets dan 19,071 likes.

Pada mulanya, Linn tidak mahu ibunya tahu mengenai apa yang terjadi kerana dia bimbang ibunya tidak mahu bercakap dengannya lagi.

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Tetapi, semua ‘rahsia’nya terbongkar juga…

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Usaha untuk mengeluarkan piring yang tersekat itu sememangnya mencuit hati. Kerana tidak berjaya melakukannya sendiri, Linn turut meminta bantuan bapanya.

Dengan idea yang dianggap genius pada mulanya, bapanya keluar ke kedai runcit untuk membeli penyedut.

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Walau bagaimanapun, setelah puas mencuba, mereka masih gagal. Pada ketika inilah, abang dan kakak ipar Linn mula menunjukkan taring mereka dalam membantu Linn membebaskan piring kesayangan ibunya itu.

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Tetapi, perkara yang tidak disangka-sangka pula berlaku! Usaha abangnya gagal dengan bergaya sekali!

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Bukan sahaja piring tidak dapat dikeluarkan, malah batang penyedut pula yang tercabut! Hebat sungguh penangan piring Corelle ini!

Sebut sahaja apa idea yang datang untuk mengeluarkannya, hampir kesemuanya telah dicuba oleh Linn.

1. Curahkan air panas di atas dan di dalam mangkuk? Telah dicuba dan gagal.

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

2. Tuangkan sabun pencuci pinggan agar ianya licin dan cungkil piring menggunakan pisau? Pun telah dicuba dan tetap gagal!

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

3. Didihkan air panas menggunakan mangkuk itu? Pun gagal juga!

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

4. Bekukan mangkuk di dalam peti sejuk beku? Sama juga hasilnya tetap mengecewakan!

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Akhirnya, kerana telah menemui jalan buntu, Linn terpaksa memilih cara yang paling ingin dielakkan dan cara yang bakal mengecewakan ibunya…

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Piring kesayangan ibunya terpaksa dipecahkan demi menyelamatkan salah satu daripada pinggan mangkuk yang terlibat. Kami pasti ini tidak mudah tetapi apakan daya, jika itu sahaja pilihan yang ada!

Selepas tragedi yang menyayat hati (terutamanya buat ibunya) ini, Linn ada menyatakan bahawa ibunya tidak memarahinya tetapi dia tetap mahu digantikan dengan piring yang baharu.

Kredit: Shazlin Faizal/Twitter

Namun, kerana kiriman Tweet Linn ini telah menjadi tular dalam kalangan pengguna Twitter, akhirnya Malaysia Corelle Store telah menawarkan penggantian piring tersebut secara percuma!

Kredit: Malaysia Corelle Store/Facebook

Wah, untung badan! Nasib Linn sangat baik!

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds