Pada petang 3 Julai baru-baru ini, semua penumpang feri KM Lestari Maju berada dalam keadaan berbahaya kerana cuaca tidak menyebelahi mereka. Hampir 200 nyawa penumpang telah dipertaruhkan apabila feri itu mula terbalik di perairan Pulau Selayar di Bulukumba, Sulawesi Selatan kerana keadaan laut yang bergelora dan cuaca yang buruk.

Kredit: Siakap Keli/Facebook

Feri tersebut dilaporkan membawa 139 orang penumpang, 14 buah kereta, 6 buah bas atau trak dan 8 buah motorsikal. Berikutan dengan kemalangan ini, Kompas.com melaporkan kemas kini dari Agensi Kebangsaan bagi Pengurusan Bencana (BNPT) menyatakan bahawa 155 orang penumpang berjaya diselamatkan manakala 34 orang telah meninggal dunia.

Kredit: Kompas.com

Ketika feri itu mula tenggelam, kapten cuba mengemudi feri untuk pergi ke darat dalam usaha menyelamatkan nyawa penumpang. Usahanya berhasil kerana setidak-tidaknya feri tersebut berjaya bergerak kira-kira 200 meter dari pantai berdekatan.

Kredit: Sutopo Purwo Nugroho/Twitter

Walau bagaimanapun, banyak usaha menyelamat telah gagal kerana cuaca yang melampau. Ramai penumpang yang terperangkap dalam feri terbalik itu dan hanya diselamatkan oleh pihak berkuasa pada keesokan harinya.

Di tengah-tengah kecelakaan itu, salah seorang penumpang telah membuat rakaman siaran langsung menerusi akaun Facebooknya dan ianya turut disahkan asli oleh polis Sulawesi Selatan.

Kredit: Ekha Nursalam Suardi/Facebook

Rakaman tersebut telah dimuat naik ke akaun Facebook bernama Ekha Nursalam Suardi tetapi tidak jelas sama ada ia adalah nama sebenar penumpang tersebut atau tidak. Hal ini adalah kerana menerusi senarai nama penumpang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, tidak ada nama sedemikian yang muncul atau yang hampir sama dengannya.

Video yang dirakam itu menunjukkan keadaan feri dan beberapa penumpang ketika kapal itu sedang tenggelam. Video itu jelas dirakam bertujuan untuk mencuri perhatian pihak berkuasa yang berada di darat berkenaan dengan keadaan terkini yang menimpa feri tersebut.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds