Video ini telah dirakamkan di sebuah bengkel kraftangan di India. Anda akan melihat bagaimana satu jubin unik diperbuat dengan tangan menggunakan teknik yang telah diturunkan kepada satu generasi ke satu generasi selama beribu tahun.

videoPlayerId=565924f0d

Ad will display in 09 seconds

Bertempat di Chettinad dalam wilayah Tamil Nadu di selatan India, anda akan menemui artis dan pakar kraftangan yang unik menghasilkan jubin Athangudi.

Menurut Asianpaints.com, rekaan dan pembuatan jubin Athangudi amat istimewa kerana ia telah dihasilkan dengan penuh ketelitian untuk mengindahkan istana-istana raja di zaman silam dan tradisi pembuatannya masih kekal sehingga kini.

Pembuatan jubin Athangudi menggunakan beberapa bahan dengan beberapa ukiran model yang diperbuat daripada simen, pasir dan cecair dalam beberapa warna beroksida. Corak tertentu akan dilukis menggunakan bahan ini di atas permukaan gelas yang diketatkan dengan bingkai keluli bersegi empat sama.

Artis ini akan mencorak dan melukis dengan beberapa warna berlainan paling menarik di atas jubin Athangudi dengan tangan kreatifnya. Kemudian pasir halus ditaburkan di atas bingkai untuk menjadikan corak rekaan menjadi mampat dan kukuh.

Seterusnya, permukaan jubin dirata dan dikukuhkan dengan bancuhan simen khas menggunakan tangan.

Setiap jubin memiliki ukiran corak yang unik dan berbeza mengikut rekaan. Kemudian jubin ini didedahkan kepada cahaya matahari untuk proses pengeringan.

Hasil jubin buatan tangan ini apabila bingkainya telah dibuka amat menakjubkan dengan motif geometrik atau bungaan berwarna-warni yang indah dan mempesona. Bagi penggemar dengan citarasa seni yang menyukai corak jubin yang dihasilkan secara tradisional dan unik, pasti lantai atau dinding rumah mereka akan kelihatan menarik apabila menggunakan jubin ini.

Perhatikan teknik tradisional pembuatan jubin Athangudi yang unik ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds