Menjelang Januari 2019, semua pejabat kerajaan akan mempunyai pusat penjagaan kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dalam sidang media pada 5 Julai lalu.

“Kerajaan mengeluarkan surat pekeliling pada tahun 1989 yang menyeru perkhidmatan persekutuan dan negeri (awam) untuk menyediakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak, bukan sesuatu yang baru, jadi, masa untuk berbincang telah selesai, sudah tiba masanya untuk melakukan sesuatu,” katanya.

Kredit: Bernama

Buat masa ini, terdapat hanya 205 pejabat kerajaan dan 25 sektor swasta yang dilengkapi dengan pusat jagaan kanak-kanak.

Ahli Parlimen Segambut itu juga menambah bahawa agensi-agensi kerajaan perlu memberikan contoh, sebelum sektor swasta boleh mengikutinya.

Sebagai insentif untuk syarikat swasta, Yeoh berkata pengecualian cukai selama 10 tahun akan disediakan yang meliputi pengubahsuaian, penyelenggaraan dan memiliki pusat jagaan harian.


Kredit: kiddy123

Yeoh juga berkata bahawa kementerian akan mencadangkan pemeriksaan yang lebih ketat untuk orang dewasa yang berurusan dengan anak-anak.

Menurut The Star Online, mereka yang perlu menjalani pemeriksaan, termasuk pengasuh bayi, pengawal sekolah, pemandu bas sekolah dan guru tuisyen.

Di samping itu, Yeoh berkata bahawa dia akan mencadangkan kepada Kabinet untuk memperbaiki Akta Kanak-kanak. Ini bermakna memperluaskan senarai kepada mereka yang terlibat dalam jenayah seks, mempunyai masalah kesihatan mental dan mereka yang mempunyai rekod mahkamah dan polis, lapor  New Straits Times.

Kredit: Today Online

Yeoh membuat pengumuman itu berikutan kes kematian Adam Rayqal Mohd Sufi yang berusia lima bulan yang dibunuh dan dimasukkan ke dalam peti sejuk oleh pengasuhnya, awal minggu ini di Gombak.

Dia mempertahankan kes itu apabila sesetengah orang menyalahkan ibu kerana tidak bertanggungjawab untuk meninggalkan anaknya dengan pengasuh pada waktu malam.

“Dia adalah seorang jururawat dan bekerja pada waktu malam. Dia tidak mempunyai pilihan selain menghantar Adam ke pengasuh, kerana pusat jagaan harian tidak beroperasi pada waktu malam,” katanya, menurut Malay Mail.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds