Mereka yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan mesti tahu yang kucing dapat menghiburkan manusia. Kajian membuktikan bahawa binatang peliharaan seperti kucing mampu menghilangkan stress. Mungkin kerana keletah dan gelagat lucu dan manja mereka kadang kala menghiburkan.

videoPlayerId=2d164d699

Ad will display in 09 seconds

Seperti kucing yang comel dan gebu ini, tuannya, Lam Qian mencipta mainan gaya ‘Whack-A-Mole‘ yang hebat untuknya, ia perlu melangkah ke tuil untuk membuat mole keluar daripada lubang. Kucingnya kelihatan begitu berminat dan teruja dengan mainan ciptaannya itu. Selain itu, ia juga pandai mengendalikan mainan tersebut.

Apabila kucing yang menghiburkan ini cuba untuk mencapai mole tersebut dan melepaskan tuil, mole terjatuh semula ke dalam kotak. Ia mencuba berkali-kali untuk mencapai mole tersebut tetapi gagal.

Namun keseronokannya diganggu oleh anjing peliharaan Lam Qian yang menggigit mole tersebut. Ternyata, kucing ini adalah bijak kerana pandai mengendalikan mainan tersebut.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds