Kadangkala apabila berada di rumah, kita berasa lapar dan mahu menjamah nasi, tetapi hanya tinggal seorang diri. Mahu tidak mahu, tanak juga nasi di dalam periuk, dan paling kurang mesti satu pot. Selepas makan sedikit, mungkin selebihnya akan membazir.

Puan Amalina Aziz menerusi halaman Facebooknya telah memberikan satu petua dan cara yang berguna untuk anda yang menghadapi dilema sebegini, khas bagi mereka yang tinggal sendirian atau berdua di rumah dan teringin memakan nasi dengan cara yang paling bersih dan tidak membazir.

Di bawah adalah langkah dan cara memasak nasi yang mudah dikongsikan oleh Puan Amalina Aziz :

1. Basuh beras

Ambil beras dalam setengah kole seramik dan basuh seperti biasa. Kalau anda mahu membuat dua kole seramik nasi, ambil satu lagi dan ulang proses yang sama.

2. Masukkan air secukupnya

Isikan air ke dalam kole seramik mengikut sukatan beras, kira-kira hampir penuh. Sukat dengan jari anda. Beras tadi dianggarkan dalam separuh kole seramik.

Gunakan kole seramik yang tahan pada suhu yang panas, tidak mudah retak dan pecah, atau anda boleh menggunakan kole yang diperbuat daripada ayan.

3. Isikan air dalam bekas periuk nasi elektrik

Isikan pula air di dalam bekas periuk nasi elektrik dengan sukatan air lebih kurang separuh penuh.

4. Masak seperti biasa

Tekan butang ‘Rice Cooking’ atau ‘Cook’, dan masak nasi anda seperti biasa.

Selepas butang telah berbunyi menandakan nasi sudah masak, beginilah hasilnya. Cantik sungguh nasi ini, nampak menyelerakan!

Tiada lagi alasan untuk tidak mahu memasak nasi yang sedikit lagi di rumah. Dalam kuantiti yang sedikit anda boleh menjadi kenyang dengan mengisi perut yang lapar tadi. Goreng sahaja telur mata kerbau dan tambahkan sedikit kicap lemak manis. Habis satu pinggan!

Periuk nasi juga bersih, tiada kerak nasi yang degil untuk dicuci!

Cara yang amat mudah, bukan? Apa kata anda mencuba sendiri petua memasak nasi dalam kuantiti yang sedikit daripada Puan Amalina Aziz ini di rumah.

Sumber : Puan Amalina Aziz/Facebook/ Sirap Limau

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds