Milo Cube pernah menjadi tular sebelum ini. Harganya juga agak mahal di pasaran kerana ia diimport daripada luar negara. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, sebungkus pasti tidak cukup. Jadi, penyelesaiannya adalah dengan membuatnya sendiri di rumah. Selain bentuk kiub, anda juga boleh membuatnya dalam bentuk yang pelbagai dan menarik.

Berikut adalah cara mudah untuk membuat Milo Cube

Bahan-bahannya:

  • Acuan silikon (Terdapat pelbagai bentuk acuan silikon yang berada di pasaran, ikut citarasa masing-masing)

  • Serbuk Milo (Disarankan guna serbuk Milo 3 dalam 1)

Cara-caranya:

#1. Isikan acuan silikon dengan serbuk Milo.

#2. Tekan dan padatkan serbuk Milo dalam acuan secara perlahan-lahan dengan menggunakan plastik sehingga permukaan menjadi rata.

#3. Masukkan acuan silikon sudah siap diisi dengan serbuk Milo ke dalam ketuhar selama dua minit. (Acuan silikon selamat untuk digunakan dalam ketuhar)

#4. Keluarkan Milo daripada acuan dan masukkan ke dalam bekas tertutup.

#5. Siap!

Rujuk video di bawah:

Sumber: Yackikuka

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds