Salmon adalah antara ikan yang plaing digemari di seluruh dunia.

videoPlayerId=dc82e0c0c

Ad will display in 09 seconds

Ikan ini sangat terkenal bukan sahaja kerana keenakannya tetapi juga kerana khasiat omega 3 dan pelbagai lagi manfaat kesihatan yang boleh diperolehi oleh ikan ini. Jadi, tidak hairanlah ramai orang begitu menggemari ikan ini malah ada yang memakannya mentah. Lihat sahaja pada menu di restoran-restoran sushi pasti ada menyediakan hidangan salmon mentah.

Bagi yang tidak boleh makan salmon mentah anda boleh memasak sendiri salmon kegemaran anda dengan menjadi sebuah hidangan yang menyelerakan. Contohnya seperti yang boleh anda saksikan sendiri di dalam video ini. Lihat lah bagaimana sebuah hidangan enak, mungkin selazat masakan dari restoran mewah bolah disediakan hanya di rumah.

Anda tidak perlu ketuhar untuk membakar atau pemanggang untuk memanggang, tetapi cukup menggunakan api dapur. Pasti hidangan ini akan membuka selera siapa pun yang melihatnya. Selamat mencuba!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds