Dengar sahaja permainan video Super Mario, anda pasti akan terfikir permainan klasik yang sangat popular suatu ketika dahulu. Tambahan pula dengan lagu temanya yang harmoni kekal segar bermain di fikiran kita. Seorang lelaki ini bakal membawa kita teringat kembali detik nostalgia dengan memainkan lagu temanya.

videoPlayerId=53f23e5b1

Ad will display in 09 seconds

Memainkan alat muzik marimba secara sendirian bukanlah sesuatu yang rumit, Namun jika menggunakan empat pemukul pada waktu yang sama pasti akan memberikan anda sedikit kepayahan untuk bermain dengannya.

Tetapi jika anda merupakan seorang yang mahir dalam memainkan marimba, anda pasti akan berasa ia tidaklah serumit yang disangkakan seperti apa yang dilakukan oleh lelaki ini . Dimana beliau memainkan alat muzik tersebut dengan menggunakan empat pemukul serentak.

Pemuzik yang bernama Aaron Grooves menunjukkan kemahirannya yang luar biasa memainkan muzik latar dari sebuah permainan klasik popular iaitu Super Mario Bros pada alat muzik marimba.

Muzik tema yang dimainkan olehnya adalah seperti “Overworld” dan “Underworld”. Dengan melihatnya bermain secara bersahaja, anda pasti mahu mencubanya bukan? Tunggu apa lagi, ambil nota lagu tema irama Super Mario dan belajar bagaimana untuk bermain marimba pada hujung minggu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds