GOMBAK – Susulan kematian tragis bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, laporan terkini mendedahkan suspek sebenarnya telah menggoncang badan dan mengetuk kepala bayi Adam Rayqal sehingga menyebabkan kecederaan serius di kepala. Selain Adam Rayqal, suspek juga turut mengasuh dua orang kanak-kanak lain, dan salah seorang telah mengadu melihat kejadian itu kepada bapa mereka.

Berita ini telah diberitahu oleh Zian Hafiz Ahamad Zawati, 36 tahun yang merupakan bapa kepada kanak-kanak yang turut berada di bawah jagaan pengasuh yang menjaga Adam Rayqal.

Kredit : Facebook

Harian Metro melaporkan, Zian memberitahu bahawa kedua orang anaknya, Ahmad Zayyan Putra, 5 tahun dan Nur Imanina Arisa Putri, 3 tahun, telah dihantar ke rumah pengasuh terbabit di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Batu Caves, Gombak sejak dua minggu yang lalu.

Menurut Zian, ketika isterinya, Norita Abdul Wahab, 40 tahun menjemput anak mereka dari rumah pengasuh tersebut, suspek tidak menunjukkan sebarang tanda keresahan atau kebingungan dengan apa yang telah berlaku.

Zian berkata, “Apabila saya pulang ke rumah pada kira-kira jam 10 malam di hari kejadian, isteri saya memaklumkan dia terlihat status di Facebook mengenai kehilangan bayi Adam Rayqal sebelum dikejutkan dengan berita kematiannya pada pagi semalam (4 Julai).”

Kredit : MStar

Katanya, “Sebaik bangun dari tidur kira-kira jam 9 pagi, saya bertanya kepada anak sulung sekiranya dia ada melihat sesuatu yang berlaku ketika berada di rumah pengasuh tersebut.”

Anak sulung Zian, Ahmad Zayyan memaklumkan kepadanya bahawa dia melihat ‘suspek menggoncang badan serta mengetuk kepala Adam Rayqal ‘ kerana bayi itu asyik menangis sejak waktu pagi sebelum Adam tiba-tiba senyap.

Pasangan suami isteri ini mengenali supek menerusi halaman Facebook kerana suspek sering mempromosi dirinya sebagai seorang pengasuh kanak-kanak.

Zian memberitahu dia dan isterinya telah bersetuju untuk menggunakan khidmat wanita tersebut dengan membayar upah mengasuh sebanyak RM650 sebulan bagi menjaga kedua-dua anak mereka.

Zian menambah, “Sepanjang tempoh itu, anak-anak saya tidak pernah mengadu apa-apa yang mengenai suspek. Malah, Ahmad Zayyan memberitahu yang wanita ini kerap memberi mereka makan nasi bersama lauk ayam sehingga saya perasan terdapat peningkatan berat badan anak-anak.”

Kata Zian, “Apabila perkara ini terjadi, saya amat terkejut dan menjadi takut pada masa yang sama kerana kejadian itu boleh berlaku kepada anak-anak saya juga.”

Kredit : Facebook

Pihak polis telah menahan wanita berusia 33 tahun bersama rakan serumahnya, juga seorang wanita berusia 36 tahun tidak lama selepas penemuan mayat bayi berkenaan. Kedua suspek telah direman selama tujuh hari bermula 4 Julai bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata , hasil bedah siasat terhadap mangsa, telah menemui kesan retak pada tempurung kepala sebelah kiri serta pendarahan di bahagian kanan otak yang menjadi punca kematian bayi Adam Rayqal.

Terbaru menerusi Utusan Online, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad  berkata pihak polis sedang menyiasat secara terperinci punca sebenar kematian Adam Rayqal berdasarkan bukti dan keterangan beberapa individu yang identiti mereka tidak didedahkan kerana tidak mahu menganggu proses siasatan. Katanya, terdapat kemungkinan, punca kematian Adam Rayqal bukan akibat didera.

Lihat video dibawah.

Sumber: Harian Metro/Berita Harian/Utusan Online/SAYS

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds