Kanak-kanak memang suka melakukan sesuatu yang melucukan. Ada sahaja idea yang terlintas difikiran mereka yang sering sahaja membuatkan orang yang berada di sekitar ketawa dan terhibur. Contohnya mereka akan berpura-pura jatuh ketika berjalan hanya untuk membuatkan kita ketawa kepadanya.

videoPlayerId=f205b7e8a

Ad will display in 09 seconds

Ada juga kanak-kanak yang gemar makan. Mereka akan mencuba apa sahaja makanan yang dihidangkan. Mereka juga tidak takut untuk makan makanan yang pedas atau masam.

Mungkin kanak-kanak lelaki dalam video ini juga gemar makan. Ketika dalam perjalanan bercuti bersama ibu bapanya, dia telah melihat menu yang diberikan oleh anak kapal terbang.

Dia melihat menu tersebut dengan penuh teruja dan mula membuat pilihan. Ketika itulah ayahnya menyedari bahawa anak lelakinya itu telah melakukan sesuatu yang sangat melucukan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Kanak-kanak lelaki tersebut mula memilih menu yang disukainya namun tiba-tiba dia cuba mencubit gambar makanan tersebut lalu membawa ke mulutnya. Perbuatannya itu seolah-olah menunjukkan dia makan makanan yang dipilih tersebut.

Tindakan kanak-kanak ini sangat melucukan dan mungkin ada di antara anak-anak kita yang melakukan perkara seperti ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds