Ruth Evelyn Pranke, seorang gadis kecil berusia 5 tahun berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat, dilahirkan dengan keadaan yang dikenali sebagai bilateral comelia . Keadaan yang jarang berlaku dimana ia melucutkan kedua-dua belah tangannya sewaktu dilahirkan.

videoPlayerId=1c4812061

Ad will display in 09 seconds

Walau bagaimanapun, ini tidak menghalangnya daripada menikmati masa kanak-kanaknya. Dia menggunakan kakinya untuk melakukan aktiviti hariannya seperti  menyuap, memberus gigi, minum, melukis, mewarna dan juga dia ingin belajar menunggang basikal. “Saya mahu menjadi seperti kanak-kanak lain.” Katanya.

Menyedari keinginan kuatnya untuk menunggang basikal, ibu bapanya meminta bantuan daripada beberapa pakar. Mereka mencipta sebuah alat sokongan yang diperbuat daripada tiub PVC dan pengapit di sekelilingnya dan disambungkan ke barisan basikal, membantu dia agar mengendali basikal dengan bahunya.

Tanpa memakai sebarang anggota palsu dan dia nekad belajar bagaimana untuk menunggang basikal dengan cekapnya.

“Dia mahukan kebebasan … Maksud saya awak patut mendengarnya tertawa gembira dan seronok kerana mampu melakukannya,” kata ibunya. “Saya mahu orang tahu bahawa hanya kerana dia dilahirkan tanpa anggota badan yang sempurna, dia tetap boleh melakukan perkara yang sama seperti orang lain.” dia menambah.

Sikap optimistik kanak-kanak ini untuk hidup adalah terpuji. Keberanian yang ditunjukkannya adalah bukti bahawa kekuatan dalaman adalah yang menentukan kejayaan dan juga membawa hidupnya kearah kebahagiaan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds