Bermain dram boleh menjadi sangat sukar, tetapi seorang pemuzik jalanan  membuatnya kelihatan sungguh mudah untuk dilakukan dan hampir mustahil bagi kita untuk mencubanya. Dia memukul dan melemparkan pemukul dramnya untuk menghasilkan irama yang unik.

videoPlayerId=75108e406

Ad will display in 09 seconds

Video yang dirakamkan di jalan-jalan di Zaragoza, Sepanyol menunjukkan pemain dram melemparkan pemukul dramnya satu persatu pada kit dram yang berasingan dengan jarak beberapa meter dihadapannya.

Dengan mahirnya dia memukul dram dan juga melepaskan pemukulnya di udara sambil mengikuti rentak dengan pedal dan simbal. Beliau melakukan mengikut irama rentak hampir setiap dua saat yang menjadikan bunyi tersebut kedengaran harmoni.

Walaupun kelihatan rumit dan mustahil untuk dilakukan ketika ingin mengikuti rentak, namun pemusik jalanan ini tidak tercicir sebarang nota musik.

Persembahannya yang sangat menonjol itu menarik perhatian orang ramai, beliau mengakhiri persembahannya dengan melantunkan pemukul dramnya ke udara. Penonton memberikan tepukan yang hangat dengan emosi yang menggembirakan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds