Apabila membayangkan kanak-kanak yang baru berusia dua tahun, kita pasti melihat mereka sebagai kanak-kanak yang suka bermain, membuat sepah dan membuat bising. Dalam masa yang sama, mereka juga tidak mempunyai daya imbangan yang bagus dan mudah terjatuh dengan hanya menjentik mereka.

videoPlayerId=3ad17082a

Ad will display in 09 seconds

Tetapi dalam video ini, ianya ternyata berbeza sekali!

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang sudah mula menyertai pertandingan luncur ais dan boleh dikatakan dia mempunyai kemahiran yang menakjubkan.. Jika baru dua tahun sudah menyertai pertandingan, pada usia berapa agaknya si comel ini mula berlatih ya?

Lihat sahaja setiap pergerakannya di atas pentas ais ini, seperti peluncur profesional! Sedangkan ramai yang terkial-kial dan selalu terjatuh ketika meluncur di atas permukaan yang licin itu, kanak-kanak ini pula mampu mengekalkan imbangan dan ia memang satu bakat yang mengagumkan…

Melihatkan kepada persembahan unik yang ditunjukkan ini, anda pasti tidak mempercayai ianya dilakukan oleh seorang kanak-kanak kecil yang baru dua tahun melihat dunia.

Keberanian, kekuatan dan segala gerak luncur yang dipamerkan oleh bayi ini benar-benar membuatkan kita tidak kelip mata melihatnya!

Sumber: BLes

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds