Kakitangan di tempat perlindungan haiwan di California, Amerika Syarikat pastinya sangat sibuk. Minggu ini, seorang lelaki yang baik hati berjalan melalui pintu Pasadena Humane Society SPCA dengan membawa beban yang cukup berat. Dia membawa seekor kucing yang terbiar berjalan-jalan pada laluan yang sibuk.

videoPlayerId=66493ea0d

Ad will display in 09 seconds

Apa yang mengejutkan bahawa lelaki itu bukan membawa seekor anak kucing terbiar, Tetapi seekor kucing dewasa yang bersaiz besar, dengan berat mencecah 13 kilogram.

“Tiada siapa yang tahu dari mana ia berasal. Amat malang bagi kucing itu kerana ia dalam keadaan terbiar dan tidak ada seorang pun yang menjaganya. Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti adalah ia tidak akan berasa kelaparan lagi.” Kata pekerja pusat perlindungan itu yang memberinya nama “Chubbs”.

Sewaktu ia dihantar pada mulanya, keadaan Chubbs sangat teruk dan memerlukan bantuan. Bulunya dalam keadaan teruk, masalahnya diselesaikan apabila dibantu oleh penyelamat di pusat perlindungan dengan mencukur bulunya dengan berhati-hati.

Sekarang mereka berharap dapat menangani masalah berat badan kucing itu, kerana kucing yang terlalu berat akan menjejaskan kesihatan mereka. Mujur pusat perlindungan ini mampu memberikan pertolongan untuk mengendalinya.

“Chubbs diletakkan di pejabat kerana ia terlalu besar untuk diletakkan dengan selesa di dalam sangkar,” Kata pekerja tersebut. “Ia mempunyai watak yang manis, tetapi beban yang berat menjadikannya tidak selesa untuk bergerak dengan bebas”. Ujarnya lagi.

Namun, pada masa yang sama Chubbs menerima banyak kasih sayang.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds