Kebakaran yang berlaku pada tangki gergasi yang menyimpan minyak mentah untuk Kemaman Bitumen Sdn Bhd (KBC) telah merebak ke tangki yang ketiga di premis kilangnya di kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, semalam (5 Julai).

Kredit: Ghazali Kori/NSTP

Laporan oleh The New Straits Times Press menyatakan bahawa kebakaran awal mula dilihat mulai pukul 6.15 petang semalam di salah satu tangki yang berkapasiti 300,000 liter, dan kemudiannya api telah merebak ke tangki kedua.

Menurut sumber yang melaporkan kepada New Straits Times, api telah merebak ke tangki yang ketiga menjelang jam 9.30 malam. Walau bagaimanapun, anggota penyelamat telah berjaya mengawal kemarakan api di dua tangki pertama sehingga 80 peratus sebelum bertungkus lumus memadamkan api di tangki yang ketiga.

Posted by Siakap Keli on Thursday, July 5, 2018

Kredit: Siakap Keli/Facebook

Difahamkan semuanya bermula apabila tangki pertama yang mengandungi 4,800 liter minyak mentah telah terbakar dan menghasilkan asap tebal serta hitam yang menutup ruang udara di sekitar kawasan itu, dan ianya boleh dilihat selama beberapa kilometer.

Sejurus kemudian, tangki kedua yang mengandungi 13,700 liter minyak mentah pula terbakar sebelum api merebak ke tangki yang ketiga.

Kredit: Ghazali Kori/NSTP

Berikutan kemalangan ini, puluhan kenderaan dan jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat berserta dengan 23 orang anggota yang diketuai oleh komander operasi Kasyfi Syahmi Ghazali, dari stesen Chukai, Kemaman, Kerteh, Kijal dan Paka telah digerakkan ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

Kebakaran yang disifatkan sebagai kebakaran yang terbesar di Terengganu ini telah menyebabkan seorang kontraktor cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan, lapor Kosmo.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds