Antara lumrah kanak-kanak ialah suka bermain air. Tidak kiralah ketika mandi di bilik air, ketika membasuh tangan di singki atau ketika menemani ibu menyiram pokok bunga di taman. Pasti mereka akan mengambil kesempatan untuk bermain air sepuas-puasnya.

videoPlayerId=9731f1b12

Ad will display in 09 seconds

Seperti dua orang bayi dalam video ini, mereka juga nampaknya suka masuk ke bilik air dan berdiri di tepi tab mandi. Si ayah pula cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan anak-anaknya dari bilik air tersebut tetapi disebabkan dia berasa sukar untuk mengendong kedua-dua anaknya sekali gus, terpaksalah dia mengendong seorang anak dalam satu masa.

Namun apa yang berlaku telah membuatkan si ayah menjadi kelam-kabut. Pada mulanya dia mengangkat bayi perempuannya keluar dari bilik air dan terpaksa meninggalkan bayi lelakinya di dalam bilik air tersebut.

Kemudian, dia masuk ke bilik air semula untuk mengambil bayi lelakinya tetapi dalam masa yang sama, bayi perempuannya merangkak masuk semula ke dalam bilik air.

Si ayah mengambil semula bayi perempuannya untuk di bawa keluar tetapi bayi lelakinya dengan pantas menyelinap masuk semula ke dalam bilik air.

Akhirnya si ayah berjaya mengeluarkan kedua-dua bayinya dan menutup pintu bilik air. Melihat perkara tersebut berlaku berulang-kali menunjukkan hal keibubapaan ada masanya sangat melucukan biarpun dalam masa yang sama mereka juga menghadapi masa sukar.

 

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds