Sebuah rakaman yang menunjukkan seorang lelaki yang bergelar ayah kelihatan sangat berbeza tanpa jambangnya, sehingga anaknya sendiri tidak dapat mengenali bahawa itu adalah ayahnya.

videoPlayerId=f92ddb3ee

Ad will display in 09 seconds

Jambang dan misai mempunyai kelebihan untuk mengubah wajah seseorang sepenuhnya, sama seperti ketika kita mengayakan fesyen potongan rambut agar membuatkan kita kelihatan segar.

Rakaman yang melucukan dan juga menyedihkan ini menunjukkan apa yang telah berlaku ketika pada tahun 2012, sebuah rakaman video yang telah dimuat naik melihatkan seorang gadis kecil berusia satu tahun kecewa dan menangis setelah melihat ayahnya bertukar wajah.

Selepas mencukur jambangnya, ayah ini mengejutkan anak perempuannya dengan wajah lembut tanpa sebarang rambut kasar di sekitar wajahnya.

Reaksinya bukan seperti yang mereka harapkan, anak perempuan mereka mula menangis dan keliru apabila mendapati wajah ayahnya itu telah berubah dan menganggapnya sebagai orang lain.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds