Tugas sebagai pengirim surat mungkin kelihatan satu pekerjaan yang mudah. Tetapi pada hakikatnya, hanya pekerja seperti mereka sahaja mengetahuinya. Mereka tahu betapa sukarnya perkara yang perlu dihadapi setiap hari. Lebih-lebih lagi situasi yang tidak disangka yang dihadapi oleh pekerja ini.

videoPlayerId=cb30dfe73

Ad will display in 09 seconds

Salah satu tukang pos hadapi adalah menahan karenah penerima. Selain itu, anjing jagaan rumah juga perlu diawasi agar tidak menjadi mangsa gigitan haiwan tersebut.

Selain anjing garang, nampaknya mereka juga perlu berhati-hati dengan seekor kucing. Betul! Seekor kucing yang teramat garang.

Seperti yang dilalui oleh pekerja pos ini, beliau melakukan tugasnya seperti biasa. Dan beliau melihat seekor kucing yang menjaga dari dalam tingkap sebuah rumah. Saat dia mahu memasukkan surat kiriman, dengan serta merta kucing tersebut menerkamnya melalui celah lubang surat kiriman.

Pekerja itu cuba melawannya namun kucing tersebut berjaya menarik masuk sarung tangannya, dan membuatkan pekerja tersebut cuba mengusiknya kembali dengan surat kiriman. Lihat sahaja tangan kucing tersebut, ia sungguh agresif dan tanpa berbelas kasihan.

Selepas menonton video ini, diharapkan jika anda seorang pengirim surat, anda harus berhati-hati dengan seekor kucing comel!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds