Bagi suri rumah, para isteri atau mungkin orang-orang bujang, kadangkala kita akan berasa buntu dan tidak mempunyai idea untuk memasak hidangan makan malam. Kalau nak makan nasi, jemu… Nak makan di luar pula, sekali sekala tidak mengapalah. Kalau hari-hari makan di luar, boleh lari bajet pula nanti!

Jadi, kami akan kongsikan resipi bebola daging yang dicipta oleh seorang pengguna Facebook iaitu Izzatie. Bebola daging merupakan hidangan Barat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Ianya boleh didapati di kebanyakan restoran dan yang paling terkenal adalah di IKEA.

Kredit: Nor Izzatie Mardu / Facebook

Tetapi, resipi Izzatie ini melibatkan penghasilan bebola daging yang bukan sahaja mudah tetapi menyelerakan! Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan…

  • 500 gram daging (buang lemak dan kisar halus. Boleh juga guna daging kisar yang dijual di pasaraya)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih
  • Serbuk roti (3-4 sudu besar dan dikisar halus)
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga layu dan naik bau.

Kredit: Nor Izzatie Mardu / Facebook

  • Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar.
  • Kemudian, potongkan daging kepada bahagian kecil bagi memudahkan proses pengisaran.

Kredit: Nor Izzatie Mardu / Facebook

  • Kisar serbuk roti hingga halus.
  • Kemudian, masukkan bawang yang telah ditumis bersama serbuk roti, daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam, gula dan telur ke dalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga semua adunan sebati.

Kredit: Nor Izzatie Mardu / Facebook

  • Setelah siap, bentukkan adunan daging menjadi bulat dan goreng sehingga masak dengan menggunakan sedikit minyak.

Kredit: Nor Izzatie Mardu / Facebook

  • Bebola daging ala IKEA kini sedia dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Nor Izzatie Mardu / Facebook

Sumber: Kredit: Nor Izzatie Mardu / Facebook

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds