Seorang petani muda telah membuktikan bahawa dengan menggunakan traktor juga dia mampu melakukan wheelie seperti yang sering dilakukan oleh penunggang motosikal.

videoPlayerId=41f27da2b

Ad will display in 09 seconds

Gaggi Bansra yang berusia 21 tahun itu telah mengejutkan ramai netizen selepas video dia melakukan wheelie dikongsi di internet. Sejak dari itu, dia mempunyai peminat tersendiri yang begitu kagum dengan kemahirannya mengendalikan jentera berat tersebut dengan begitu baik.

Gaggi Bansra mempunyai impian untuk memiliki motosikal. Namun setelah menyedari bahawa dia tidak mampu membeli kenderaan tersebut, lalu dia pun mengasah bakatnya melakukan aksi akrobatik dengan menggunakan traktor ketika bekerja di ladang milik ayahnya di Punjab.

Percubaan pertamanya gagal namun dia tidak berputus asa dan akhirnya dalam masa tiga bulan dia dapat menguasai traktor tersebut. Selepas dia mampu mengendalikan jentera berat tersebut, dia pun menunjukkan aksi kepada kawan-kawan dan petani yang lain.

Mereka sungguh kagum dengan kemahiran yang ditunjukkan oleh Gaggi Bansra malah terdapat penduduk dari kampung lain datang dan sanggup membayarnya hanya untuk melihat dia melakukan aksi.

Gaggi Bansra berharap seluruh dunia akan melihat apa yang mampu dilakukan dengan jentera berat tersebut dan berjaya mencipta nama dalam Guinness World Records. Jika anda masih tidak percaya, tontonlah video tersebut hingga tamat.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds