Awal minggu ini, pasukan bola sepak kebangsaan Jepun menyentuh hati orang di seluruh dunia apabila mereka membersihkan bilik persalinan mereka dan meninggalkan ucapan terima kasih dalam bahasa Rusia selepas tewas kepada Belgium dalam saingan Piala Dunia.

Kelmarin (4 Julai), pasukan Malaysia membuat kita berbangga apabila mereka berjaya mengalahkan Kemboja 2-0 dalam peringkat kumpulan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bawah 19 tahun yang diadakan di Indonesia, menurut FourFourTwo.

Walau bagaimanapun, selepas memenangi perlawanan, mereka membuat kita lebih berbangga apabila mereka mengambil contoh pasukan Jepun dan meninggalkan bilik persalinan mereka dengan sempurna dan bersih!

Foto bilik persalinan itu dimuat naik ke Instagram oleh penolong ketua jurulatih, Hairuddin Omar, yang memuji para pemain kerana rasa hormat dan disiplin mereka.

Kongsian itu tidak lama kemudian mendapat perhatian para netizen Malaysia, yang tidak putus memberi pujian dan kata-kata galakan untuk pasukan U-19 kita.

Semoga pasukan bola sepak bawah 19 tahun Malaysia melakukan yang terbaik dalam Kejohanan bawah 19 tahun AFF! 

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona SUKAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds