Ramai orang gemar menonton pertandingan luncur ais semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk. Penonton ternanti-nanti persembahan yang bakal ditunjukkan oleh setiap peserta yang pastinya akan memukau banyak mata serta mencuri perhatian para juri.

videoPlayerId=b863b501f

Ad will display in 09 seconds

Seperti pasangan luncur ais John dan Sinead Kerr, mereka adalah antara peserta kegemaran ramai orang. Mewakili negara Scotland, pasangan ini telah menyertai banyak pertandingan luncur ais seperti dua Sukan Olimpik, tujuh Kejohanan Dunia dan lapan Kejohanan Eropah.

Pasangan ini telah bersara dari menyertai pertandingan luncur ais pada 2011. Namun, kehangatan persembahan mereka tetap dirindui oleh ramai peminat mereka tambahan pula mereka juga telah memenangi banyak pingat sepanjang penglibatan mereka dalam pertandingan berprestij ini.

Anda boleh saksikan sendiri persembahan pasangan luncur ais yang cukup mempesonakan dalam video ini. Ketika ini, mereka menyertai pertandingan Kejohanan Luncur Ais Dunia pada tahun 2008 yang diadakan di Gothenburg, Sweden.

Mereka bukan sahaja menunjukkan persembahan yang menarik, malah setiap pergerakan dilakukan dengan kemas dan penuh disiplin. Pasti anda akan menyukainya!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds