Melihat aksi remaja perempuan ini melakukan gimnastik pasti ramai yang tidak menyangka bahawa dia adalah seorang pesakit barah. Kate Foster yang berusia 16 tahun kehilangan kakinya akibat barah namun kekurangan fizikalnya itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk melakukan aktiviti yang digemarinya iatiu gimnastik.

videoPlayerId=920942443

Ad will display in 09 seconds

Kate telah membuktikan bahawa dia mampu untuk melakukan aktiviti tersebut dengan menunjukkan persembahan yang begitu baik. Dia mampu melompat, mengimbangi badan dan membuat terjunan seperti ahli gimnastik normal yang lain.

Keadaan kesihatan Kate mula merundum pada tahun 2010. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya sehinggalah doktor mengesahkan dia menghidap barah.

Namun, nasib tidak menyebelahi Kate apabila kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman sebelum dia sempat menjalani pemindahan sumsum tulang dari kakaknya. Pasrah dengan keadaan tersebut Kate begitu cekal menjalani rawatan dan tidak sekali pun merungut pada sesiapa.

Pada tahun 2014, Kate diberikan ubat baharu untuk merawat barah yang dihadapinya dan ia telah memberi kesan positif pada kesihatannya. Kate telah kembali semula ke gelanggang gimnastik untuk meneruskan minatnya serta membuatkan keluarga dan jurulatihnya berbangga dengan pencapaiannya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds