Konglomerat telekomunikasi, Telekom Malaysia Bhd (TM) semalam telah mengumumkan dalam sebuah kenyataan media mengenai pakej unifi mampu milik yang berharga kurang daripada RM 100 khusus buat kumpulan isi bependapatan rendah.

Kredit:  Nikkei Asian Review

Pelan jalur lebar ini dikatakan disasarkan khas untuk kumpulan pendapatan isi rumah B40.  Plan baru ini didatangi dengan kadar internet berkelajuan 30 sesaat (Mbps) dengan harga mampu milik iaitu di bawah RM100.

Golongan B40 kini boleh mengakses jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga 40% le­bih rendah daripada pakej sedia ada (RM179) dengan pendaftaran untuk pratempahan akan bermula 15 Julai ini menerusi laman web  rami Unifi www.unifi.com.my.

Kredit: SoyaCincau

Tidak seperti pakej 30Mbps semasa yang dilengkapi dengan talian telefon dan TV Unifi , rancangan baru itu hanya akan menyediakan kemudahan jalur lebar sahaja, lapor Lowyat.net.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman juga berkata bahawa TM juga turut menyediakan pelan UniFi turbo yang menawarkan kelajuan jalur lebar lebih dua kali ganda untuk pelanggan sedia ada tanpa kos tambahan mulai 15 Ogos, kata The Star Online.

Pengumuman TM ini dilakukan selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan agenda untuk menurunkan harga jalur lebar di negara ini sekurang-kurangnya 25% pada akhir tahun ini.

 

Kredit: Azneal Ishak/Malay Mail

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds