Bagi yang pernah berkunjung ke Filipina pastinya tahu akan restoran makanan ringan, Jollibee yang sangat terkenal di negara itu. Bagi yang merindukan keenakan menu yang disediakan ini adalah berita baik buat anda kerana syarikat tersebut telah mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuka rangkaian restoran tersebut di Malaysia.

Kredit: Jay Directo/Getty Images via The Take Out

Menurut laporan portal atas talian ABS-CBN pada hari Jumaat, 29 Jun, Ketua Pegawai Eksekutif Jollibee, Ernesto Tanmantiong mendedahkan bahawa syarikat tersebut mempunyai pelan pengembangan utama untuk membuka 500 cawangan Jollibee baru, termasuk di pasaran baru seperti di Malaysia, Indonesia dan United Kingdom.

Sehingga Mei, terdapat 4,239 buah restoran Jollibee dibuka di 21 wilayah dengan menawarkan 12 hidangan istimewa di bawah rangkaian makanan ringan terkenal tersebut.

Menurut  4-Traders, pengasas dan pengerusi Jollibee, Tony Tan Caktiong berkata usaha akan tertumpu kepada pembukaan kedai Jolibee pertama di Sabah, khususnya di Kota Kinabalu.

Jollibee terkenal dengan ayam gorengnya yang merupakan salah satu produk atau menu yang paling popular dan digemari.

Kredit: @jollibee/Instagram

Bagi yang tidak begitu menggemari ayam goreng, anda boleh menikmani menu lain yang popular di Jollibee seperti spaghetti.

Kredit: @jollibee/Instagram

Peminat juga biasanya menikmati spaghetti Jolibee kerana sos yang digunakan dikatakan unik dan manis. Setiap spageti dihidangkan dengan hirisan ham, sosej dan daging lembu.

Kredit: @jollibee/Instagram

Kredit: @jollibee/Instagram 

Kredit: @jollibee/Instagram

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds