Sudah menjadi perkara biasa sebelum penayangan perdana filem, pihak produksi memuat naik sedutan filem atau ‘trailer‘ untuk menarik perhatian penonton. Namun, Sony Pictures baru-baru ini secara tidak sengaja memuat naik keseluruhan filem di YouTube yang dilabel sebagai ‘trailer‘.

Kredit: Youtube

Khali the Killer: Official Red Band Trailer’ adalah bertujuan untuk menawarkan peminat hanya satu gambaran drama jenayah Khali the Killer. Bagaimanapun, penonton disajikan dengan keseluruhan filem.

Filem yang berdurasi satu jam setengah minit, dimuat naik termasuk kredit penuh tetapi tidak tersedia dalam paparan HD. Pihak Sony mengambil masa enam jam untuk memadam keluar video yang telah dimuat naik, yang mencatatkan lebih 11,000 tontonan.

Ada yang mengatakan bahawa filem yang dimuat naik itu adalah gimik sebagai tujuan pemasaran, filem kini tersedia pada perkhidmatan penstriman (dalam format DVD sejak November lalu).

Walau bagaimanapun, meletakkan keseluruhan filem secara percuma di YouTube seolah-olah seperti usaha yang berisiko tinggi untuk sebuah studio utama, yang mungkin akan memberi kesan buruk kepada filem tersebut. Kesan yang dapat dilihat adalah Khali the Killer telah menerima ulasan yang agak teruk, dengan skor 3.8 / 10 pada pangkalan data filem IMDB. Tiada ulasan telah disiarkan untuk filem 2017 tersebut pada Rotten Tomatoes, semasa penulisan.

Sumber: Independent

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds