Siapa sahaja yang tidak kenal dengan figura terkenal, Haji Mohamad bin Sabu atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu yang merupakan Menteri Pertahan Malaysia. Beliau dikatakan sangat merendah diri sejak dahulu lagi.

Semalam, beliau membuat lagi kejutan dengan mengunjungi sebuah kedai mamak sebelum menuju ke upacara angkat sumpah menteri-menteri kabinet yang baru dilantik oleh Perdana Menteri di Istana Negara. Beliau telah memuat naik gambar sedang makan di sebuah restoran mamak bersama dengan pengiring dan pengawal peribadinya melalui akaun Twitter rasminya.

Sumber: Twitter

Beliau memuat naik gambar dengan kapsyen:

“Dalam perjalanan ke Istana Negara untuk upacara mengangat sumpah rakan-rakan menteri kabinet. Saya singgah minum di Restoran Khulafa, Seksyen 19, Shah Alam. Kegemaran saya ialah Teh C ‘o’ .”

Sumber: Twitter

Status tersebut menerima pelbagai reaksi dan respons daripada netizen yang rata-ratanya memuji beliau kerana memilih gaya hidup yang biasa dan sederhana walaupun beliau seorang menteri.

Seorang pengguna Twiter mengatakan bahawa hal ini adalah sesuatu yang jarang sekali berlaku di Malaysia apabila seorang menteri makan bersama dengan pengawal peribadi dan pengiringnya di sebuah restoran mamak.

  Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds