Setiap wanita pasti menginginkan kulit licin dan halus serta cerah. Salah satunya adalah dengan memakai losyen badan. Pelbagai jenis losyen badan boleh didapati di pasaran, daripada yang paling mahal sampai yang paling murah.

Namun, ada yang mengeluh losyen badan yang dipakai tidak memberi sebarang perubahan atau kulit menjadi semakin kering dan kasar. Ini mungkin terjadi jika losyen badan yang digunakan tidak sesuai dengan jenis kulit. Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam losyen badan tidak semestinya sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk mengatasi hal tersebut, anda boleh membuat losyen badan organik tanpa bahan kimia dengan sendiri di rumah. Caranya sangat mudah.

Bahan-bahan yang yang diperlukan adalah 3 senduk bees wax parut, 100 ml gel aloe vera, dan ½ cawan minyak zaitun. Anda juga boleh menambahkan minyak pati kegemaran anda sebagai pewangi.

Pertama, cairkan bees wax bersama minyak zaitun di dalam bekas. Caranya adalah dengan meletakkan bekas di dalam air yang sedang mendidih. Setelah bees wax cair, tunggu sehingga ia sejuk.

Selepas itu, tambahkan gel aloe vera. Gunakan pengadun (mixer) atau pengisar untuk menggaulkannya hingga tekstur menjadi berkrim dan sebati. Tambahkan minyak pati jika perlu. Pindahkah krim tersebut ke dalam bekas tertutup.

Siap! Losyen badan organik anda sudah boleh digunakan.

Cara penggunaannya sama seperti memakai losyen biasa. Sapukan pada seluruh permukaan kulit hingga meresap. Jika anda sudah memiliki losyen badan kesukaan anda, gunakan losyen badan organik ini sebelum menggunakan losyen kesukaan anda itu. Sapu selepas mandi. Losyen ini dapat bertahan dua bulan jika disimpan di dalam peti ais dan sebulan jika di simpan diluar.

Losyen organik yang dihasilkan menggunakan bahan semula jadi ini sangat bermanfaat untuk menjaga kelembapan kulit, mengatasi kulit kering dan bersisik serta membuat kulit terasa lebih halus. Selain itu, ia juga dapat melindungi kulit anda daripada sinar matahari dan akan membuat kulit anda cerah. Gunakan secara teratur untuk hasil yang maksimum.

Tonton video di bawah sebagai rujukan:


Sumber: youtube

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds