BANGKOK – Kesemua 12 remaja dan jurulatih bola sepak yang dilaporkan hilang setelah terperangkap di sebuah gua Tham Luang, Thailand akhirnya berjaya ditemui selamat oleh pasukan penyelamat Thailand pada Isnin yang lalu.

Selepas sembilan hari menghilang tanpa diketahui nasib mereka, akhirnya mereka berjaya diselamatkan dan menunjukkan ‘tanda-tanda masih bernyawa’. Berita mengenai penemuan kesemua mangsa telah diumumkan oleh gabenor wilayah Chiang Rai iaitu Narongsak Osottanakorn.

Kredit: CNN

“Saya mengesahkan kesemua mereka selamat,” memetik kenyataan Narongsak daripada CNN.

Misi mencari dan menyelamat selama lebih seminggu itu disertai oleh anggota tentera dan juga pasukan penyelamat antarabangsa dari Amerika Syarikat, China, Australia dan juga United Kingdom.

Kredit: Reuters/Soe Zeya Tun

Dalam kejadian mengejutkan itu, dikatakan kesemua remaja yang merupakan pemain bola sepak bagi Wild Boars yang berumur antara 11 hingga 16 tahun bersama jurulatih mereka yang berusia 25 tahun telah pergi ke gua tersebut sebagai lawatan.

Kredit: CNN

Namun begitu, keadaan cuaca yang buruk dan hujan lebat telah menyebabkan mereka terperangkap setelah pintu masuk ke gua tersebut runtuh.

Dalam video berdurasi lima minit yang dimuat naik oleh pasukan tentera laut Thailand menunjukkan detik penemuan kesemua mangsa yang terselamat. Namun, walaupun misi telah berjaya, Narongsak memaklumkan bahawa misi tersebut masih lagi ‘belum selesai sepenuhnya’.

“Kami akan alirkan semua air dari gua keluar sebelum membawa kesemua 13 mangsa keluar dari gua. Kami sedang merancang cara untuk menghantar jururawat dan doktor ke dalam gua untuk memeriksa keadaan kesihatan dan pergerakan mereka. Kami akan bekerja sepanjang malam.”

Kredit: CNN

Bantuan daripada pasukan perubatan adalah perlu bagi memastikan proses penyelamatan berjalan dengan lancar. Selain memastikan kesemua mangsa masih mempunyai tenaga, mereka juga perlu belajar menyelam kerana itu merupakan satu-satunya cara untuk keluar daripada gua berkenaan.

Sumber: CNNAstro Awani

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds