Dalam satu wawancara dengan The Associated Press pada 29 Jun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan bercadang untuk “mengewangkan” barangan mewah yang disita daripada kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kredit: Reuters/Lai Seng Sin

Menurut Guan Eng, nilai rampasan tersebut adalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan jumlah RM50 bilion atau AS$12.4 bilion yang diambil daripada dana pelaburan negara 1MDB termasuk kecurian dan pinjaman untuk menutup skandal rasuah melibatkan badan tersebut.

Kredit: theSun

“Kita akan cuba untuk menukarkanya barangan yang dirampas kepada tunai, tetapi harus diingat jumlah tersebut masih terlalu kecil berbanding apa yang dirompak dari negara ini.” katanya kepada agensi berita itu.

“Bayangkan jika jumlah itu ditemui atau didedahkan di Amerika Syarikat, ini sudah cukup mengejutkan walaupun untuk sebuah negara kaya seperti Amerika Syarikat. Bagi negara kecil seperti Malaysia, ini benar-benar sesuatu yang luar biasa,” jelasnya.

Pihak polis menganggarkan nilai rampasan mencecah hampir RM1.1 bilion dan merupakan rampasan terbesar dalam sejarah negara.

Kredit: New Straits Times (NST)

Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa barangan yang dirampas adalah “hadiah yang terkumpul selama beberapa dekad” dan penilaian RM1.1 bilion adalah “subjektif dan tidak realistik”.

“… selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami telah menerima hadiah yang banyak daripada para pemimpin asing serta kawan-kawan peribadi, dan saya tahu bahawa di bawah undang-undang ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah,” katanya kepada Malaysiakini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds