Presiden Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini mengimbas kembali detik semasa beliau mengikuti pandu uji kenderaan Proton bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kira-kira tiga tahun lalu.

Tun Mahathir yang kini berada di Indonesia selama dua hari bagi lawatan rasmi merupakan pengerusi Proton pada Februari 2015 semasa Jokowi berada di Malaysia.

Kredit: The Malaysian Reserve

Dalam pertemuan berkenaan, Jokowi telah dijemput oleh Tun Mahathir untuk menyertai pandu uji sebuah kereta Proton. Menurut Jokowi ketika mengimbau semula detik itu, beliau langsung tidak merasa takut ketika duduk di sebelah Tun Mahathir yang memandu pada kelajuan 180 kilometer sejam di litar lumba Sepang.

“Saya tidak takut, saya tidak berasa risau kerana pemandunya adalah Bapak Tun Mahathir. Jika bukan beliau, saya mungkin takut,” jelas Jokowi.

Kredit: Straits Times/EPA-EFE

Tun Mahathir yang memilih Indonesia sebagai negara ASEAN pertama untuk mengadakan lawatan rasmi selepas menjadi Perdana Menteri turut menceritakan mengenai peristiwa pada tahun 2015 itu.

“Ketika itu saya bukan lagi Perdana Menteri. Saya memandu kereta pada kelajuan 180km per jam di litar lumba Sepang. Presiden (Jokowi) langsung tidak merungut,” jelas Tun Mahathir yang turut merasakan takut untuk membawa Presiden Indonesia itu di sebelahnya.

Kredit: Reuters

Pada tahun 2015, kedua-dua pemimpin ini telah mengadakan pertemuan bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang automotif seperti menghasilkan kenderaan yang boleh digunakan oleh negara-negara ASEAN.

Malah, pihak Proton dan PT Adiperkasa Citra Lestari telah menandatangani perjanjian MoU yang menyatakan bahawa kedua-dua syarikat ini akan menjalankan penyelidikan bagi meneliti kelayakan projek berkenaan dan mendalami aspek kerjasama.

Jokowi ketika menjalani pandu uji bersama Tun Mahathir

Kredit: Okezone News

“Tetapi kerana sebab-sebab tertentu, kita tidak dapat teruskan projek ini. Sekarang ini, kita berhajat untuk menghidupkan semula projek ini,” berdasarkan petikan laporan Okezone News.

Namun begitu, Perdana Menteri tidak mendedahkan secara terperinci berkenaan tempoh masa mahupun jika terdapat sebarang kemungkinan daripada pihak lain untuk terlibat sama dalam projek itu.

Sumber: The StarOkezone News

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds