PUTRAJAYA – Enam jenama produk ikan sardin dalam tin dilaporkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Menurut Ketua Pengarah Keishatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat enam lagi produk ikan sardin dalam tin didapati mengandungi cacing. Berikut merupakan senarai sampel ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin yang dikesan mengandungi cacing.

Kredit: Info Mamak

1 – Sardin dalam Sos Tomato

  • Jenama : Cinta
  • Negara asal : China
  • Kelompok : 3500/01161
  • Tarikh luput : 27/10/2020

2 – Sardin dalam Sos Tomato

  • Jenama : Sea Fresh
  • Negara asal : Thailand
  • Kelompok : CHSBS 09A
  • Tarikh luput: 8/3/2021

3 – Mackerel dalam Sos Tomato

  • Jenama : King Cup
  • Negara asal : Malaysia
  • Kelompok : BESTBEF221220
  • Tarikh luput : 22/12/2020

4 – Mackerel dalam Sos Tomato

  • Jenama : Bintang
  • Negara asal : Malaysia
  • Kelompok MKTM 1M 0427
  • Tarikh luput : 26/4/2020

5 – Sardin Dalam Sos Tomato

  • Jenama : HS Brand
  • Negara asal : China
  • Tarikh luput : 5/3/2021

6 – Mackerel dalam Sos Tomato

  • Jenama : TC Boy
  • Negara asal : Malaysia
  • Kelompok : MKTM 1M E721
  • Tarikh luput : 20/7/2020

Tambah Hisham lagi, pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat yang terlibat untuk menarik semula produk masing-masing dari pasaran.

Di samping itu, pihaknya turut telah melaksanakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

“Tahan, Uji dan Lepas adalah tindakan di mana sampel akan diambil untuk melalui proses analisis dan produk berkenaan hanya dilepaskan sekiranya keputusan menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp”.

Kredit: MalaysiaKini

Jelas Hisham lagi, “Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.”

Ketika ditanya mengenai risiko kesihatan jika termakan produk yang mengandungi cacing ini, Dr Noor Hisham menyatakan bahawa risiko yang dihadapi adalah amat rendah memandangkan cacing berkenaan telah mati akibat proses memasak atau pengetinan.

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terbabit dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah satu kesalahan.”

Kredit: Siakap Keli

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan dendaa tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-dua sekali.”

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkenaan isu keselamatan makanan, anda boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah, kawasan, bahagian yang terdekat boleh menghubungi laman web kementerian di http://moh.spab.gov.my/ atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dam Kualiti Makanan.

Sumber: BH OnlineOriental Daily

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds