Bhutan adalah sebuah negara yang terletak di timur Banjaran Himalaya, bersempadan dengan India, Tibet dan China. Negara yang kecil dan terpinggir dari arus pemodenan dengan populasi seramai 797,765 orang, akan tetapi 97% penduduknya berasa bahagia menjadi rakyat Bhutan.

Bhutan berada dalam kalangan 10 negara teratas dalam indeks kepuasan penduduk. 100 % anak-anak di Bhutan bersekolah dan mendapat pendidikan asas. 60 % wilayah di negara Bhutan dilitupi hutan dan alam semulajadi yang dipelihara. Bhutan adalah sebuah negara paling indah di dunia. Wilayah Bhutan merentangi pergunungan Himalaya meliputi lembah dan daratan.

Kebanyakan penduduk dan warga Bhutan menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan.

Warga Bhutan memiliki hubungan yang istimewa dengan alam semulajadi. Salah satu sebab yang menjadi asas kebahagian kehidupan mereka.

Kebahagiaan dan kemakmuran rakyat Bhutan diukur mengikut indeks ‘Gross National Happiness’ (GNH).

Untuk mengukur tahap pembangunan sesuatu negara, selalunya ia diukur menurut indikasi ekonomi seperti GNP  (Gross National Product) atau GDP (Gross Domestic Product).

4 kunci penting utama dalam Kebahagiaan Nasional Bhutan : 1. Pengekalan dan perlindungan alam sekitar secara menyeluruh. 2. Pemeliharaan kebudayaan. 3. Kepimpinan yang baik.

4. Segala pertelingkahan atau masalah dalam negara akan diselesaikan dengan baik oleh raja yang memerintah.

Bhutan kekal menjadi negara yang tidak terpengaruh dengan peradaban dunia moden.

Bandar-bandar yang terletak di Bhutan dipenuhi dengan pokok dan tumbuhan yang menghijau. Walaupun sebuah bangunan baru dibina, ciri-ciri tradisional nenek moyang perlu dikekalkan.

Bangunan di Bhutan semuanya dibina mengikut seni bina yang bersatu dengan harmoni, yang mencerminkan akar umbi budaya dan tradisi negara.

Bhutan sebuah negara sederhana yang tidak langsung mempromosikan pembangunan industri.

Rakyatnya mengutamakan kehidupan yang aman damai dan bergerak perlahan.

Tiada perkataan ‘urbanisasi’ atau ‘modenisasi’. Kepentingan kehidupan mereka adalah kepada kualiti kehidupan dan nilai spiritual.

Satu-satunya negara di dunia yang tidak memiliki lampu isyarat jalan raya, kerana negara ini jarang mengalami kesesakan lalu lintas.

Kenderaan yang ada akan menurut arahan isyarat tangan daripada polis trafik yang berada di pos kawalan.

Bhutan menghadkan perjalanan kepada para pelancong dan orang luar sekiranya jumlah mereka telah melebihi kuota yang ditetapkan. Walaupun kedatangan pelancong dan pelawat dialu-alukan, tetapi jumlah mereka yang datang melawat sentiasa dikawal.

Pembelanjaan minimum untuk menginap di Bhutan dalam sehari ialah RM800. Oleh kerana harga melancong ke Bhutan agak tinggi, tidak ramai pelancong yang berkunjung ke Bhutan sekiranya mereka melancong menurut bajet. Hanya mereka yang berkemampuan sahaja boleh menikmati percutian di Bhutan.

Bhutan mementingkan penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar dengan menjamin tiada pencemaran dan kemusnahan alam sekitar di wilayah-wilayah negara ini. Sekiranya satu pokok ditebang, mereka akan menanam tiga batang pokok sebagai ganti.

Segala undang-undang dan peraturan berkaitan alam sekitar berada di bawah kawalan dan keputusan raja.

Para petani tidak dibenarkan menggunakan baja kimia dan bahan pengawet dalam kegiatan pertanian.

Beg tangan menggunakan nilon adalah dilarang.

Sungguhpun negara ini kaya dengan hasil kayu, Bhutan melarang sebarang kegiatan pembalakan dan pengeksportan kayu.

Kegiatan pemburuan dan pembunuhan haiwan adalah dilarang dalam agama dan menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.

Rakyat di Bhutan menonton televisyen tetapi tiada siaran berbentuk keganasan dan kejahatan disiarkan oleh rangkaian televisyen. Unsur media berbentuk pornografi dan kekerasan adalah satu larangan dan kesalahan di Bhutan.

Dunia di luar berada dalam keadaan huru-hara dengan kes keganasan, pembunuhan serta pelbagai jenayah lain berlaku di mana-mana. Tetapi Bhutan masih kukuh dengan nilai tradisi, kemakmuran dan kedamaian menurut acuan sendiri yang tidak pernah goyah.

Bhutan menjadi contoh bagi negara lain yang mahu mencapai kemakmuran dan kebahagiaan dengan menetapkan visi ini:

Kebahagiaan seseorang itu bukan diukur menurut keupayaan dan pembangunan ekonomi.

Sedang dunia dilanda krisis ekonomi, rusuhan, kemusnahan alam, dan pemanasan global, Bhutan terus stabil dengan menjadi negara kecil yang makmur dan bahagia.

Dalam jangka masa 20 tahun, rata-rata rakyat Bhutan menyatakan harapan untuk terus hidup bahagia, yang mana telah meningkat sebanyak dua kali ganda.

Alam sekitar di Bhutan sentiasa dilindungi secara maksima. Kesegaran alam semulajadi berada pada tahap paling ideal dan menakjubkan.

Apa yang Bhutan miliki kini menjadi satu renungan buat negara lain, satu acuan kemakmuran dan kebahagiaan yang dikecapi, bukan berlandaskan ukuran pencapaian ekonomi dan kebendaan, tetapi menurut nilai spritual dan penghargaan kepada alam.

Kredit imej : Pinterest Era Baru