Apa agaknya yang boleh dilakukan oleh mereka yang berumur 97 tahun? Pasti ramai yang berfikir mereka sudah tidak kuat untuk melakukan apa-apa aktiviti lagi. Mereka juga mungkin hanya duduk di rumah kerana menghidap pelbagai masalah kesihatan.

videoPlayerId=019801ff9

Ad will display in 09 seconds

Tetapi sedarkah kita bahawa ada ramai antara mereka yang sebenarnya masih cergas dan aktif menjalani rutin harian mereka.

Buktinya, lihat sahaja nenek di dalam video ini. Dia juga nampaknya masih cergas untuk menari bersama cucunya. Mungkin pergerakannya tidak selincah cucunya, tetapi dia masih bersemangat dan mempunyai tenaga untuk menari.

Semuanya bermula apabila cucunya mula menari apabila semasa mendengar lagu berjudul “Worth It” oleh kumpulan Fifth Harmony. Kanak-kanak itu terus menari dengan rancak sambil disaksikan oleh neneknya.

Selepas beberapa saat nenek tersebut mula menggoyangkan badannya untuk menari bersama cucunya. Siapa kata umur 97 tahun terlalu tua untuk menari?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds