Jika anda berkunjung ke Sabah, sudah tentu anda akan melawat ke kompleks beli belah terbesar iaitu 1Borneo Hypermall yang terletak di kawasan yang pesat membangun di sana.

Kredit: Kosmo

Namun, oleh kerana tidak menjelaskan bil elektrik selama 10 tahun, ia memaksa pihak syarikat Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk memotong bekalan kuasa dan elektrik di kompleks beli belah berkenaan, dan menurut The Star, jumlah tunggakan bil tersebut berjumlah RM9.3 juta!

Bekalan kuasa untuk pendingin udara terpaksa dihentikan namun pihak SESB tidak memotong bekalan kuasa untuk lampu bagi memudahkan semua pihak terutamanya pemilik dan pekerja lot kedai.

Dikatakan bahawa SESB hanya akan menyambung semula sistem penyaman udara sebaik sahaja pengurusan pusat membeli-belah menyelesaikan bayaran minimum kurang daripada RM1 juta, yang telah dipersetujui sebelum pemotongan bekalan.

Kredit: FMT

Bil tersebut telah tertunggak melebihi tempoh setahun dan SESB mengatakan bahawa mereka telah memberikan masa yang cukup untuk pengurusan kompleks beli belah untuk menyelesaikannya.

Sementara itu, syarikat pengurusan pusat beli-belah 1Borneo telah menyatakan ketidakpuasan mereka dengan SESB ekoran mendedahkan perkara itu kepada orang ramai. Hal ini akan menjatuhkan reputasi mereka dan akan mengganggu usaha mereka mengumpul duit dan menjelaskan tunggakan.

Menurut Free Malaysia Today, KK Tham, selaku Pengarah Operasi Global Group of Companies, berkata said dia terkejut apabila membaca kenyataan SESB yang diterbitkan dalam akhbar pada 26 Jun. “Saya menerima banyak panggilan daripada semenanjung, luar negara, bertanya kepada saya mengenai perkara ini.

Kesemua orang ini berpotensi untuk menjadi pelabur dan perkara ini menggusarkan mereka kerana pemotongan bekalan kuasa,” jelasnya.

Kredit: Borneo Full Force

Beliau menambah bahawa ini bukan sahaja merosakkan imej pusat membeli-belah, tetapi juga Sabah secara keseluruhannya, dan mendakwa pelabur-pelabur asing yang pernah berminat di Sabah kini menarik diri.

Tham kemudian menggesa SESB untuk menimbang semula keputusan mereka. “Apa lagi, fikirkan perasaan rakyat Sabah secara keseluruhan kerana tindakan ini akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi tempatan,” katanya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds