Dua orang adik-beradik dan seekor anjing menjadi kawan baik selepas anjing tersebut sanggup berjalan setengah jam untuk melihat mereka setiap hari selama dua tahun.

Anjing betina, yang diberi bernama ‘Big Yellow’, muncul di pintu pagar sekolah mereka pada pukul 8 pagi setiap pagi untuk menyambut mereka; ia kemudian menunggu di pintu sekolah tersebut dengan sabar selama tujuh jam sehingga adik-beradik tersebut selesai kelas mereka pada pukul 3 petang.

(Hello, Big Yellow: Zhang Xingyu (kiri) dan Zhang Yingying (kanan) bertemu anjing mereka di sekolah mereka)

Big Yellow yang setia akan bertemu dengan mereka tidak kira hujan atau panas, menurut seorang guru di sekolah tersebut.

Pasangan adik-beradik tersebut berasal dari wilayah luar bandar Guizhou di selatan China, masing-masing berusia lapan dan enam tahun. Mereka belajar di Sekolah Rendah Lishu di Nidang Town luar Xingyu City.

Kakak perempuan, Zhang Xingyu, adalah murid kelas satu dan tinggal di asrama sekolah dari hari Isnin hingga Jumaat.

Sekolah ini juga mempunyai dua kelas pra-sekolah yang mengajar kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun.

Adik perempuan, Zhang Yingying, berada di salah satu kelas pra-sekolah dan dia pulang ke rumah setiap hari.

Big Yellow berjalan selama setengah jam setiap pagi untuk melihat gadis-gadis itu, kata guru sekolah tersebut, Luo Zhonghua.

Cik Luo, 27, mengajar bahasa Cina di sekolah yang mempunyai 171 pelajar.

Menurutnya, Big Yellow mengiringi adik perempuannya, Yingying, pulang setiap petang selepas sekolah selesai. Kakak perempuan, Xingyu, kadang-kadang berjalan pulang dengan Yingying dan Big Yellow, kemudian kembali ke sekolah.

Guru tersebut berkata dia sering melihat anjing yang duduk di luar sekolah, tetapi dia tidak tahu bahawa anjing tersebut menunggu untuk bertemu dengan tuan-tuannya sehingga kakak perempuan Xingyu memberitahunya.

Cik Luo terkejut apabila mengetahui bahawa anjing itu sudah berbuat demikian sudah selama dua tahun – sejak Xingyu mula belajar di sekolah itu pada tahun 2016.

Xingyu dan Yingying dijaga oleh datuk dan nenek mereka kerana ibu bapa mereka telah berpindah ke bandar kosmopolitan Guangzhou untuk bekerja, yang lebih daripada 540 batu jauhnya.

(Xingyu (kanan) berusia lapan tahun manakala Yingying (kiri) berusia enam tahun)

Mereka hanya dapat melihat ibu mereka sekali setahun semasa Tahun Baru Cina, dan bapa mereka jarang pulang ke kampung.

Oleh itu, adik-beradik itu telah membentuk ikatan istimewa dengan Big Yellow, yang mereka anggap teman terbaik mereka.

Cik Luo tersentuh oleh persahabatan yang setia antara gadis-gadis dan haiwan kesayangan mereka itu.

Beliau memberitahu MailOnline: “Pada mulanya, saya dapati ia mengejutkan. Saya terkejut dengan kesetiaan anjing itu.”

Kisah Big Yellow dan gadis-gadis kini menjadi tular di media sosial Cina selepas Cik Luo mengambil gambar dan video mereka.

Cik Luo berkata dia gembira dapat berkongsi cerita dengan orang ramai.

(Cik Luo (barisan hadapan, ketiga daripada kanan) bergambar di rumah pasangan adik-beradik tersebut dengan pasukan sukarelawan)

Dia juga menggesa orang ramai untuk memberi perhatian lebih kepada anak-anak ‘disisihkan’ seperti Xingyu dan Yingying.

Tonton video kisah persahabatan comel mereka di bawah:


Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds