Jika berkunjung ke Singapura, pasti kita akan mengambil peluang untuk melawat zoo di sana yang menempatkan pelbagai haiwan liar. Zoo tersebut dibuka pada waktu pagi dan tutup di sebelah malam, namun difahamkan bahawa bermula Julai ini, anda dapat merasai sendiri situasi zoo tersebut pada waktu malam. Tidak ada apa-apa yang memukau pada waktu malam melainkan pertunjukan khas yang menyebabkan terhasilnya Hutan Hujan Lamina yang menggabungkan teknologi dan sifat dalam satu medley yang luar biasa oleh pihak zoo dan Wildlife Reserve Singapore (WRS).

Kredit: Facebook

Hutan Hujan Lamina merupakan tarikan malam pertama di Asia kerana mempamerkan satu siri pemasangan cahaya yang hebat dan digabungkan dengan pemandangan zoo Singapura yang sememangnya sudah menakjubkan!

Kredit: Facebook

Mulakan pengembaraan di Hutan Hujan Lumina dan lawati lebih daripada 10 zon interaktif (antaranya Call of the Wild, Shimmering Islands, dan Wall of Fame) yang berbeza di trek sepanjang 1kilometer berkenaan. Ia bagaikan magis dan anda pasti teruja!

Kredit: Facebook

Turut berada di sepanjang laluan berkenaan adalah beberapa orang krew – iaitu kumpulan yang memainkan watak sebagai adiwira yang menjemput anda mengikuti pengembaraan aneh mereka.

Kredit: Facebook

Terdapat juga sekumpulan binatang yang sangat comel di sana. Anda boleh ikuti mereka sambil dibawa ke sepanjang bagi melihat pemandangan hutan hujan yang masih hidup pada waktu malam.

Kredit: Facebook

Pengalaman yang mengujakan ini sesuai untuk semua peringkat umur, jadi anda bolehlah membawa kesemua ahli keluarga anda ke sana.

Kredit: Facebook

Tambahan pula, pertunjukan ini dicipta dengan kerjasama Moment Factory iaitu sebuah studio multimedia yang menjalankan projek serupa di seluruh dunia. Menariknya, harga bermula serendah S$20 (RM59), dan anda boleh membeli tiket pada laman web mereka (luminastore.wrs.com.sg).

Tonton video di bawah:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds