Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai berita mengenai kemalangan di mana-mana sahaja. Kini, kemalangan bukan hanya boleh berlaku di darat malah turut berlaku di kawasan perairan dan apa yang lebih menyedihkan adakalanya ia juga melibatkan kemalangan oleh kenderaan udara yang mengorbankan begitu banyak sekali nyawa.

videoPlayerId=d7de13949

Ad will display in 09 seconds

Video mengenai pertembungan kipas antara dua buah helikopter ini menunjukkan kita bahawa kemalangan boleh berlaku di mana-mana.

Kejadian yang terakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) ini berlaku di California menunjukkan kipas dua buah helikopter bertembung antara satu sama lain sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada helikopter dan mencederakan enam orang yang berada di situ.

Kelihatan sebuah helikopter sedang melakukan pendaratan manakala sebuah lagi helikopter sedang bersiap untuk berlepas.

Namun, disebabkan helikopter yang cuba mendarat itu mendarat dengan jarak yang terlalu dekat, ia telah menyebabkan berlakunya pelanggaran antara kedua-dua kipas.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds