Antara burung yang paling menarik ialah burung kakak tua. Semua orang tahu tentang kecantikan mereka yang mempunyai bulu yang berwarna-warni. Itu baru fizikal mereka, belum lagi tentang keistimewaan yang lain. Spesies ini bukan sahaja cantik tetapi telatahnya juga mencuit hati. Mereka boleh bercakap, menyanyi dan menari mengikut gaya mereka.

videoPlayerId=7d2ffcf1b

Ad will display in 09 seconds

Kali ini giliran burung kakak tua dalam video ini pula untuk menunjukkan bakat yang ia miliki. Apa yang telah dilakukan ialah dengan menyanyi bersama tuannya. Seronok betul melihat mereka berduet bersama sambil diiringi dengan petikan gitar.

Apa yang melucukan ialah apabila burung tersebut dengan comelnya bertenggek di atas gitar tuannya sambil tuannya itu terus memetik gitar tersebut. Dia bersiul dan menyanyi dengan semangat sekali!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds