Semua orang tahu aktor terkenal Hollywood, Tom Hanks sememangnya seorang pelakon serba boleh yang mampu membawa apa sahaja watak yang diberikan. Lakonannya amat mempesona dan bijak walaupun hanya diberikan watak sampingan yang kecil tidak kira di mana, sungguhpun ketika sedang melakonkan watak dalam persembahan teater Shakespeare secara langsung di hadapan penonton yang ramai. Apabila satu insiden dalam satu persembahan teater Shakespeare telah mengganggu tumpuan penonton, Tom Hanks adalah orangnya yang mampu menyelamatkan keadaan!

Tom Hanks bukanlah seorang pelakon yang mahir mengungkap kata-kata sastera klasik Shakespeare, tetapi apabila berhadapan dengan satu situasi di luar jangkaan dalam  lakonannya terutama apabila ia melibatkan persembahan secara langsung, Tom Hanks amat mahir dalam menambah baik persembahan secara ‘adlib’ dan ia amat melucukan.

Dalam satu persembahan teater Williams Shakespeare bertajuk ‘Henry IV’ di Los Angeles yang melibatkan Tom Hanks sebagai salah seorang pemegang watak dalam persembahan secara langsung itu, seorang penonton telah menghadapi masalah kesihatan dan pengsan ketika persembahan sedang berlangsung.

Persembahan teater terpaksa ditunda selama 15 minit dan penonton yang menjadi resah serta menyangka persembahan akan dibatalkan mula meninggalkan tempat duduk masing-masing.

Melihat penonton mula bangun dan bergerak, Tom Hanks yang melakonkan watak Sir John Falstaff telah berlari dan keluar dari belakang tabir, dengan masih berpakaian lengkap dan melakonkan wataknya dengan cara ‘adlib’. Penonton yang sedang beralih keluar tiba-tiba tersentap, kembali bertenang dan kekal duduk melihat persembahan Tom Hanks yang melucukan.

Tom Hanks masih dalam wataknya tetapi membuat dialog dan skripnya sendiri sehingga membuat penonton tidak kering gusi dan hampir pecah perut melihat lakonan bersahajanya. Sementara menunggu penonton yang sakit dirawat dan dihantar ke hospital, Tom Hanks bersendirian di atas pentas melakonkan wataknya yang lucu sambil menenangkan penonton.

Antara ungkapan Shakespeare yang diubah suai oleh Tom Hanks, “Tuhan telah membuat keputusan bahawa persembahan ini memerlukan rehat buat kali kedua!”

Kredit : Broadwayworld.com

Sambil menghunus pedangnya kepada para penonton yang beredar, Tom Hanks dalam wataknya berkata, “Siapa yang pergi, pedang ini akan dihunus pada tayar kenderaan kamu, dan tiada rehat bagi kamu!” Dan semua penonton telah ketawa.

Secara berseloroh, Tom Hanks menyindir para penonton yang hilang fokus dengan berkata, “Ia merupakan satu penghinaan kepada semua pelakon dan memalukan Shakespeare sendiri jika kamu pergi!”

Dengan caranya yang bersahaja, Tom Hanks telah membuat dewan teater itu menjadi gamat dan hidup dengan jenaka dalam dialog Shakespeare yang diubah suainya. Dan apa yang menarik, semua penonton masih kekal duduk di tempat duduk masing-masing.

Setelah semuanya selesai, Tom Hanks mendapat tepukan gemuruh dengan persembahan diteruskan selepas itu. Penonton yang sakit tersebut telah dapat dirawat dengan baik dan dibawa ke hospital apabila pasukan paramedik tiba. Beliau telah kembali sedar dan berada dalam keadaan yang sihat.

Lihat video persembahan ‘adlib’ Shakespeare daripada Tom Hanks di bawah.

Sumber : Happiest
Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds