Seperti yang kita ketahui, Tabung Harapan Malaysia (THM) yang dilancarkan bulan lalu bertujuan untuk membantu menambah baik ekonomi negara dan ia kini sudah pun mencecah lebih RM100 juta.

Kredit: Kementerian Kewangan Malaysia

Menerusi Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia, satu kenyataan mengenai jumlah kutipan terkini telah pun dikeluarkan iaitu sebanyak RM126,473,886.40 berbanding dengan jumlah pada 24 Jun iaitu RM92 juta. “Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan terima kasih Rakyat Malaysia,” tulis kementerian berkenaan di laman Facebook.

THM dilancarkan pada 30 Mei lalu oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad setelah idea berkenaan tabung itu dicetuskan oleh rakyat Malaysia sendiri yang gusar akan hutang negara yang telah melebihi RM1 trilion di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

Orang ramai yang mahu menderma disarankan untuk memeriksa nombor dan nama pemegang akaun dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi. Difahamkan bahawa nombor akaun rasmi THM adalah 5660 1062 6452 dengan nama pemegang akaun ‘Tabung Harapan Malaysia’.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds