Hanya beberapa minit selepas menyewa sebuah kereta Ferrari, seorang wanita yang memandunya telah memusnahkan kenderaan berkenaan.

MailOnline melaporkan bahawa gambar dan video klip kemalangan tersebut telah tular di platform media sosial Weibo.

Kredit: The Straits Times via Weibo

Dilaporkan bahawa kemalangan itu berlaku di bandar Wenling Khamis lalu, 21 Jun.

Ferrari 458, sebuah kenderaan yang berharga lebih daripada RM2 juta, hilang kawalan hingga merempuh pembahagi jalan sebelum menghentam sebuah kereta BMW di laluan bertentangan.

Kredit: Mirror

Bahagian depan Ferrari itu remuk teruk, sekali gus menyebabkan beg udara berfungsi walaupun wanita berkenaan memandu pada kelajuan sederhana.

Kenderaan tersebut hilang kawalan mungkin kerana keadaan jalan raya hari itu yang licin akibat hujan.

Kredit: MailOnline via Asiawire

Klip video tersebut dilaporkan dirakam oleh pemandu wanita tersebut – yang menunjukkan dia begitu kagum dengan kereta itu.

“Pertama kali memandu Ferrari. Perasaan yang tidak dapat digambarkan, sungguh menakjubkan,” kata wanita itu.

Wanita tersebut dan rakannya tidak cedera dalam kemalangan itu. Walau bagaimanapun, kos memperbaikinya dianggarkan berjumlah USD300,000 (sekitar RM1.2 juta), hampir separuh daripada harga kereta.

Tidak dapat dipastikan sama ada wanita yang menyewa kenderaan itu memiliki insurans bagi membiayai kos kerosakan Ferrari berkenaan.

Video di bawah menunjukkan kereta tersebut terbabas setelah hilang kawalan akibat keadaan jalan yang licin:

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds