Nguyen Van Bai merupakan seorang askar dalam Perang Vietnam. Walaupun terselamat ketika banyak rakan-rakan tenteranya tewas, namun peperangan membuatnya derita. Inilah kisah bagaimana beliau berjaya sembuh dan mencapai kebahagiaan selepas menjalani kehidupan yang penuh derita dan penyakit yang melemahkan akibat kemusnahan perang.

Pada tahun 1973 dan berusia 18 tahun, beliau menyertai infantri dan berjuang untuk negaranya. Dalam masa tiga tahun, beliau berjuang dalam banyak kempen. Pada satu peringkat beliau ditembak oleh askar musuh. Terdapat juga ancaman malaria dan nyamuk beracun.

Selama beberapa tahun, hampir 20,000,000 gelen pelbagai bahan kimia dan herbisida disembur di seluruh Vietnam sebagai sebahagian daripada program peperangan herbisida. Antara yang paling dahsyat ialah Agent Orange. Dikenali dengan kesan alam sekitar yang rosak akibatnya, Agent Orange-yang mengandungi dioksin kimia yang sangat toksik-juga menyebabkan masalah kesihatan utama bagi mereka yang terdedah kepadanya. Ia banyak menyebabkan askar dan orang awam meghidapi penyakit dan kesihatan yang buruk.

Semasa satu kempen di Truong Son Barat, platunnya bergerak melalui hutan yang rosak akbat bahan kimia di mana keadaan teruk memaksa mereka untuk minum air yang tercemar dengan Agent Orange.

Pendedahan ini memberi impak kepadanya pada masa akan datang apabila beliau bersara daripada askar menjadi orang awam. Akibat daripada kesan daripada medan perang, kemudaratan kimia dialami oleh beliau selama bertahun-tahun kerana penyakit menimpanya satu demi satu, meninggalkannya tanpa harapan dan penyakit kronik.

Beliau didiagnosis dengan hidradenoma, keadaan kulit yang berkaitan dengan pendedahan Agent Orange yang membuatnya menderita.

Setahun selepas persaraannya, dasar kerajaan berubah, memberikan pesara pendapatan bulanan. Walau bagaimanapun, beliau tidak menerima apa-apa daripada manfaat tersebut. Tanpa pilihan, beliau bekerja sebagai jurutera mekanikal.

Sebagai cara untuk menambah pendapatannya, beliau memutuskan untuk menghasilkan dan memproses teh hitam untuk eksport. Selepas melabur dalam pasaran yang mempunyai peluang untuk berjaya, impiannya telah hancur. Perang meletus di Timur Tengah, menjadikannya tidak mungkin untuk menjual teh ke pasaran luar negeri yang menyebabkan perniagaannya gagal.

Perkara menjadi lebih teruk apabila beliau didiagnosis dengan polyarthritis dan neurodynia (sakit saraf). Sendinya sangat menyakitkan dan bengkak sehingga beliau terpaksa berhenti kerja. Beliau tidak dapat mengangkat tangannya atau menggerakkan kepalanya dan beliau tidak dapat bangun daripada katil. 

Doktor memberi ubat untuk penyakitnya itu tetapi ubat telah menyebabkannya mengalami masalah perut yang teruk akibat kolitis. Ubat-ubatan telah membuatkannya rasa mual. Pada masa yang sama beliau mengalami jangkitan pernafasan kronik yang membuatkannya batuk sepanjang malam. Di samping itu, penglihatanya menjadi kabur akibat daripada konjungtivitis kronik dan beliau juga menghidapi dermatitis.

Beliau juga menghidap Hepatitis B yang membuatkan beliau terpaksa mengambil ubat yang sangat mahal. Namun, ubat tersebut tidak memberi kesan yang baik.

Selain itu, terdapat tumor kecil pada hatinya. Beliau juga mengalami psoriasis yang teruk dan kulitnya pecah dalam luka yang meliputi seluruh badan. Ia sangat gatal, menyakitkan dan tiada ubat. Satu-satunya rawatan adalah dengan membuang luka dengan laser.

Beliau mencuba pelbagai rawatan, namun tiada yang memberi kesan yang baik kepada kesihatannya. Seolah-olah tiada doktor atau ubat yang boleh menyembuhkannya. Penyakitnya terlalu banyak dan penyakitnya tidak kelihatan untuk sembuh. Selepas bertahun-tahun berjuang, beliau hilang harapan dan merasakan hidupnya tidak bernilai.

Di sebalik penderitaan, keajaiban berlaku

Kerana mempunyai masa lapang, beliau pergi ke taman berdekatan setiap hari di mana beliau melihat seorang lelaki tua yang mengamalkan latihan qigong. Beliau meniru pergerakannya dengan harapan bahawa, dengan beberapa peluang ajaib, latihan tersebut akan meningkatkan kesihatannya.

Namun, ia tidak mempunyai kesan sehingga suatu hari beliau melihat seorang lelaki tua dan kumpulannya sedang berlatih sesuatu yang agak berbeza. Mereka duduk diam di atas tanah, dengan kaki bersilang. Apabila beliau bertanya kepada lelaki tua tersebut, lelaki tersebut memberitahunya bahawa latihan tersebut adalah dipanggil Falun Dafa, sebuah disiplin rohani Cina kuno, dan beliau akan mendapat manfaat daripadanya jika diamalkannya.

Nguyen Van Bai memutuskan untuk mencuba meditasi tersebut. Mereka mengajarnya lima latihan-empat berdiri dan satu duduk-dan beliau mula berlatih.

Semenjak itu, beliau melakukan latihan Falun Dafa setiap hari, walaupun sesetengahnya sakit dan sukar dilakukan kerana arthritis dan masalah sendi.

Di samping latihan, amalan ini menekankan penanaman watak seseorang dalam prinsip falsafah kebenaran, belas kasihan, dan toleransi. Falsafah yang digariskan dalam Zhuan Falun, buku utama Falun Dafa.

Walaupun pada mulanya ia agak sukar dilakukan, beliau bertahan dan dalam tempoh enam bulan banyak penyakitnya mula sembuh. Beliau sangat bersyukur. Epilepsi, kolitis, jangkitan pernafasan, dan arthritis semuanya sembuh. Kini beliau boleh makan dan minum apa sahaja yang beliau mahukan. Tumor di hatinya juga telah menyusut.

Keajaiban terbesar berlaku apabila psoriasis dan jangkitan kulitnya hampir sembuh. Sesuatu yang tidak pernah beliau bayangkan sebelumnya.

Beliau kini bermain keyboard di Persatuan Seni Veteran.

“Saya tidak mempunyai kehidupan yang mudah tetapi kini saya dapat ketenangan fikiran, harta yang bernilai lebih daripada apa-apa. Saya membaiki peralatan elektrik untuk membuat sedikit wang tambahan, dan saya bekerja dengan tentera yang cedera. Diet saya mudah tetapi badan saya kuat.

“Hasrat ikhlas saya adalah untuk membantu mereka yang menderita dengan memberitahu mereka tentang faedah Falun Dafa yang mendalam dan indah,” katanya.

Nguyen Van Bai tinggal di bandar Yen Bai, Vietnam.

Nota:

Falun Dafa adalah amalan penanaman minda dan tubuh badan yang mengajarkan kebenaran, belas kasihan, dan toleransi sebagai cara untuk memperbaiki kesihatan, moral dan mencapai kebijaksanaan rohani.

Untuk maklumat lanjut mengenai amalan ini, layari www.falundafa.org. Semua buku, muzik senaman, sumber dan arahan disediakan secara percuma.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds